Untung ada ramai adik-beradik perempuan… Semua buat sendiri, bersilat depan pengantin pun tak de hal! – Viral

313

 

MEMILIKI adik-beradik yang ramai memang menjadi satu kelebihan apabila tibanya musim kenduri kendara.

Lebih-lebih lagi jika kesemuanya ringan tulang dan turut serta membantu melancarkan perjalanan majlis, sekali gus dapat menjimatkan perbelanjaan.

Baru-baru ini, seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) memuat naik gambar dan video perkahwinan kakaknya di Twitter sehingga ia mencuri tumpuan netizen.

Dua beradik ini, Amyra (kiri) dan Nor Mastura merupakan atlet silat olahraga Perak.

Semuanya gara-gara persembahan silat dalam majlis persandingan itu dilakukan oleh dua adik-beradik perempuannya yang lain.

Amyza Mohamad Yusop, 22, menerusi akaun @amyzayuzaa memuat naik gambar tersebut beserta kapsyen: “Jimat budget (perbelanjaan) kahwin, bila adik-adik sendiri yang buat show (pertunjukan) silat.”

Seorang pelayar Twitter @anilmstffa_ berseloroh dengan mengucapkan ‘selamat berjaya’ kepada bakal suami pesilat tersebut setelah menonton video persembahan mereka.

Good luck bakal laki (suami) deme (kamu),” tulisnya.

Posting tersebut meraih 310 ulang kicau dan mendapat 698 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Ahad.

Menurut pelajar tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Fizik, UiTM Puncak Alam itu, majlis persandingan di sebelah keluarga pengantin perempuan menelan belanja sebanyak RM15,000.

 

Kami semua ada tujuh adik-beradik perempuan dan seorang lelaki, ada yang kena jadi bridesmaids, mekap pengantin, buat baju untuk pengantin dan keluarga agar sedondon. AMYZA

“Sebenarnya yang berkahwin itu kakak saya (anak kelima) dan yang buat persembahan silat pula anak keenam dan bongsu (kelapan).

“Petang sehari sebelum hari persandingan tu baru mereka berdua berlatih untuk buat persembahan silat,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Selasa.

Amyza berkata kakak dan adiknya yang bersilat itu sebenarnya merupakan atlet silat olahraga dan pernah mewakili negeri ke Sukan Malaysia (Sukma).

Hanya mereka berdua yang mahir seni persilatan dalam kalangan keluarga dan mereka sudah berjanji mahu membuat persembahan pada majlis persandingan tersebut.

Tambahnya, selain mereka berdua, adik-beradik yang lain juga menggalas peranan masing-masing bagi memastikan upacara resepsi itu diraikan dalam suasana penuh meriah.

Gambar perkahwinan kakak Amyza (anak ketiga) pernah tular kerana pengapit perempuan terdiri daripada adik-beradik dan ibu mereka (kanan).

“Saya tolong pasang pelamin dalam rumah dan buat kek pengantin.

“Kami semua ada tujuh adik-beradik perempuan dan seorang lelaki (anak keempat), ada yang kena jadi bridesmaids, mekap pengantin, buat baju untuk pengantin dan keluarga agar sedondon,” kata anak ketujuh daripada lapan adik beradik ini.

Majlis persandingan itu diadakan pada Sabtu di rumah pengantin perempuan di Kampung Gajah Perak di Perak Tengah, Perak.

Keluarga mereka juga pernah tular sebelum ini kerana semua pengapit perempuan terdiri daripada adik-beradik perempuan dan ibu mereka yang berusia 57 tahun.

Sumber: Mstar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here