Pasangan Ibu Dan Anak Jadi Juruterbang Ini Cetus Inspirasi Dan Membuatkan Kita Mengagumi Mereka

108

Ibu dan anak perempuan sememangnya mudah untuk membentuk perhubungan yang rapat dan mesra. Sebagai seorang anak, kita sering emnyanjung tinggi setiap apa yang dilakukan oleh ibu dan menjadikan mereka sebagai idola untuk berjaya.

Sama ada ibu anda seorang yang bekerjaya mahupun sekadar suri rumah tangga, setiap ibu memainkan peranan yang kuat dalam membentuk peribadi anak-anak dan menunjukkan contoh yang baik.

Begitulah yang terjadi kepada pasangan duo ibu dan anak ini di mana kedua-duanya mengecapi kerjaya sebagai juruterbang sekali gus menjadi tular setelah gambar mereka disebarkan oleh seorang penumpang.

Ketika pertama kali mendengar bahawa juruterbang yang mengemudi pesawat Delta Boeing 757 itu merupakan pasangan anak-beranak, penumpang yang dikenali sebagai Dr John R. Watret itu seolah-olah tergamam dan berbangga pada masa yang sama.

Twitter/@ERAUWatret

Justeru, dia tidak mampu menahan dirinya untuk menjenguk kedua-dua juruterbang iaitu Kapten Wendy Rexon dan anak perempuan, Pegawai Pertama Kelly Rexon di kokpit dan berkongsi gambar mereka di laman sosial Twitter!

“Terbang bersama kru penerbangan ibu-anak ini dari Los Angeles ke Atlanta. Menakjubkan. Memberi inspirasi kepada wanita muda,” tulis John.

Gabungan bersama kedua-dua juruterbang ini menimbulkan pelbagai reaksi positif dalam kalangan netizen. Rata-ratanya memberikan pujian tetapi ada juga yang berkongsi pengalaman mereka bersama ibu masing-masing yang mungkin akan mengubah keseluruhan situasi.

“Ianya memang sangat hebat. Saya dan ibu tidak akan boleh terbang bersama sebagai kru. Kami tidak dapat mencapai kata sepakat tentang radio di dalam kereta apatah lagi untuk mengemudi pesawat.”

Wikimedia Commons

Bukan sahaja netizen, beberapa kakitangan Delta Airlines juga berbangga dengan pencapaian keluarga ini dan menggelar pasukan ibu-anak ini sebagai ‘Matlamat kru penerbangan keluarga!’.

Hal ini demikian kerana bukan hanya Kelly dan Wendy tetapi seluruh ahli keluarga Rexon ini terlibat dalam bidang penerbangan iaitu kakak Kelly dan suami Wendy iaitu Bill.

Keluarga yang sungguh memberi inspirasi buat kita semua…

Sumber: Daily Mail, Twitter/@ERAUWatret via EraBaru

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here