“Afiq bantu bawa saya ke masjid..” – Isteri ambil masa setahun kenali Islam sebelum terima Afiq Muiz

147

PELAKON baharu yang juga isteri kepada Afiq Muiz iaitu Pachara Apin berkata dia mula mengenali aktor itu sejak setahun lalu ketika membintangi drama Air Mata Syurga.

Terus lamar selepas jumpa 2 kali

Pachara atau nama Islamnya Nur Aaira Mahdeya, 28, berkata, aktor itu melamarnya untuk menjadi isteri pada temu janji kedua mereka.

“Kami berkenalan pada Mac tahun lalu ketika saya bawa watak antagpnis, manakala Afiq pula hero drama Air Mata Syurga dan dia ajak saya keluar bertemu kawan-kawan rapatnya.

Mahu Serius 

“Selepas itu pada pertemuan kedua dia terus lamar saya dan beritahu dia tidak mahu seperti pasangan bercinta. Dia mahu serius dalam hubungan itu dan tidak mahu buang masa,” ujarnya gembira.

Afiq dan Pachara bernikah pada Selasa.

Pachara yang berasal dari Sabah dan Afiq melangsungkan perkahwinan pada pukul 5 petang Selasa di Pejabat Agama, Hulu Langat.

Minta beri masa dalami Islam

Tambah Pachara, dia terkejut dengan lamaran berkenaan dan meminta aktor itu untuk memberi masa kepadanya mendalami Islam terlebih dahulu.

Katanya, dia perlu mempelajari agama dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan untuk menukar agama.

“Saya cakap dengan dia berkahwin bukan perkara main-main dan saya perlu membuat keputusan besar dalam hidup saya.

Tapi bagi saya tidak adil untuk tukar agama hanya untuk berkahwin, jadi saya dalami Islam sehingga Mei tahun lalu saya buat keputusan untuk melafazkan syahadah.

“Saya membesar dalam agama Kristian namun saya akui sejak umur lima tahun saya sudah mendalami Islam. Saya bergaul dengan ramai kawan Islam malah kakak saya sendiri sudah memeluk Islam.

Masuk Islam sejak May 2018

“Tapi bagi saya tidak adil untuk tukar agama hanya untuk berkahwin, jadi saya dalami Islam sehingga Mei tahun lalu saya buat keputusan untuk melafazkan syahadah.

Afiq bantu bawa ke masjid

“Afiq uruskan semuanya dan bawa saya ke sebuah masjid di Shah Alam,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pachara berkata, mereka mengambil keputusan untuk melangsungkan pernikahan pada Selasa disebabkan mengikut masa ditetapkan oleh wali hakim.

Pasangan ini bakal melangsungkan majlis resepsi sebulan selepas selesai penggambaran drama.

Katanya, majlis tersebut berlangsung secara tertutup yang dihadiri oleh keluarga dan rakan rapat.

Wali hakim nikahkan

“Dua minggu lalu saya dah buat permohonan kebenaran berkahwin dan terp4ksa ikut masa sesuai wali hakim yang menikahkan saya.

“Lagi pula semalam sahaja hari yang Afiq dan saya betul-betul free,” katanya.

Pachara berkata, mereka merancang untuk mengadakan majlis resepsi sebulan selepas mereka selesai penggambaran drama terbaharu Mutiara Ramadan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: mstar

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here