[GAMBAR] “Bukan Tak Mahu Dedahkan Tarikh Nikah, Tapi…,” – Janji Kongsi Berita Gembira, Ini Foto Indah Majlis Berinai Aidil-Fasha

180

Pelakon versatil, Fasha Sandha mengakui dia rasa agak sedih apabila bakal meninggalkan status sebagai ibu tunggal dalam tempoh beberapa hari mendatang sebelum disatukan dengan pelakon, Aidil Aziz sebagai suami isteri.

Kata Fasha, mereka yang bergelar janda atau ibu tunggal tidak malu dengan status tersebut kerana baginya, ia adalah lambang kepada kekuatan seorang wanita.

“Meski ramai yang beranggapan yang tidak baik mengenai status janda, tetapi pada saya ia melambangkan kekuatan seorang wanita ibu tunggal.

“Alhamdulillah saya berjaya menggalas tugas sebagai ibu tunggal dengan baik dan saya bersedia ‘meninggalkan’ status tersebut.

“Pada saya gelaran tersebut tidak perlu rasa malu pun, sebab itu melambangkan kita kuat. Ini ditujukan kepada yang berdikarilah, kalau yang suka raih simpati dengan gelaran tersebut..ia lainlah.

Saya seorang yang kuat bekerja dan tidak kisah dengan kepenatan asalkan saya berdikari dan mencari duit sendiri,” katanya kepada MH.

Fasha ditemui media pada majlis berinai yang dilakukan dengan meriah di TheLove, Matic, Kuala Lumpur. Mengenakan pakaian serba ungu dalam tema Melayu Klasik, Fasha turut ditemani tunang tersayang.

Diminta berkongsi mengenai majlis berinainya, pelakon berusia 35 tahun itu memanjatkan rasa syukur kerana semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

“Alhamdulillah harap semuanya selesa dan saya minta maaf kalau ada yang terkurang. Pada awalnya saya rancang ia secara kecilan sahaja tetapi tidak sangka, mereka yang mahu meraikan kami dalam majlis serba meriah ini menjadikan ia kelihatan besar.

“Mungkin kerana ini pertama kali saya melakukan majlis berinai jadi, ramai yang mahu datang. Alhamdulillah,” terang Fasha.

Bagaimanapun, ditanya mengenai persiapan perkahwinan pelakon Teratai Kemboja ini mengakui persiapan yang dilakukan masih belum siap sepenuhnya atas beberapa sebab.

“Sebenarnya banyak lagi yang belum siap. Belum lagi 80 peratus. Sebab saya ni jenis yang suka buat sendiri. Jadi bila orang yang buat tu, saya risau ada benda yang tertinggal,” katanya.

Ketika diajukan persoalan tarikh nikahnya, Fasha masih belum sedia untuk memberitahu. Jawabnya;

“InsyaAllah kalau tiada apa-apa aral, dalam hujung bulan ini. Bukan saya tak mahu dedahkan tarikh nikah, tapi kami ambil pendirian kalau nikah itu sudah sah, baru akan beritahu semua.

“Kita tidak tahu apa yang akan jadi selepas ini. Akan tetapi kalau diikutkan perancangan memang akhir bulan ini,” ulas Fasha jujur.

Pada masa sama, pasangan yang merancang untuk berbulan madu di Langkawi andai sudah sah bergelar suami isteri ini juga turut memaklumkan setakat ini mereka masih belum merancang untuk mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur.

“Ramai juga pihak yang mahu menaja andai saya ingin melakukan majlis resepsi di Kuala Lumpur. Bagaimanapun biarlah setakat ini kami buat ikut syarat, secara sederhana sahaja,” akhiri Fasha sambil diakui Aidil.

Ini dia sedutan sekitar majlis berinai pasangan sama cantik sama padan ini yang telah dikongsikan di FB Media Hiburan. Enjoy!

VIDEO :

Sumber : MediaHiburan via II

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here