Lelaki Ini Dengan Sengaja Berpakaian Pelik Untuk Minggu Fesyen London, Hasilnya Dia Dilayan Seperti Model Professional

206

Biar apa orang kata, tidak ada apa-apa menarik tentang dunia fesyen. Boleh dikatakan, kesemua pereka fesyen cuba mencari kemegahan dengan mencipta fesyen yang mengarut. Kita semua tahu betapa mengarutnya dunia fesyen tapi tidak ada bukti bagaimana proses penciptaan sesuatu rekaan fesyen itu tercipta.

Untuk membuktikan teori ini, Youtuber Zac dan Jay ingin mencuba menguji bahawa anda hanya perlu memperagakan fesyen mengarut untuk digelar sebagai pereka fesyen.

Mereka membeli barang-barang dari kedai yang tidak berjenama, menggabungkannya dan memakaikannya kepada seorang model yang bernama Max. Mereka kemudian memperagakan fesyen itu di Minggu Fesyen London 2019 dan Max disambut seperti model sebenar walhal dia tidak ada pengalaman modeling selama ini.

Dia datang ke minggu fesyen dengan pakaian seb0d0h yang mungkin, anda boleh lihat sendiri di gambar. Walaupun begitu, dia berjaya mencuri perhatian hampir kesemua jurugambar yang ada pada minggu fesyen itu.

Teori itu nampaknya berhasil, anda tidak perlu membelanjakan berpuluh juta untuk menjadi pereka fesyen anda cuma perlu sedikit imaginasi dan berfikiran luar kotak. Walaupun, Max tidak mempunyai pengalaman modeling dan ciri-ciri seorang model hanya kerana pakaiannya itu menarik perhatian pereka fesyen, dia disanjung tinggi berjalan di minggu fesyen London itu.

Prank ini nampaknya berhasil, dan teori telah berjaya dibuktikan.

Pereka ASOS, sebuah laman sesawang untuk membeli belah pakaian telah meniru gaya dan konsep baju yang dipakai oleh Max.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Cerkosong

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here