Ahya Rosli selamat bergelar suami, Normah Damanhuri titip pesanan

254

Ahya Rosli dan Shahirah selamat bergelar suami-isteri pada Jumaat. Foto Instagram @syukqadir

 

PELAKON dan model Ahya Rosli selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya Shahirah Sanusi dalam sebuah majlis yang berlangsung di Bukit Kiara Equestrian pada petang Jumaat.

Perkara itu disahkan oleh ibunya yang juga pelakon veteran Normah Damanhuri.

“Alhamdulillah… Ya betul, Ahya sudah selamat menjadi suami,” ujarnya kepada mStar Online.

Pada majlis akad nikah itu, Ahya atau Ahya Ulumuddin Rosli, 32, menyerahkan mas kahwin berupa seutas gelang emas dan sebentuk cincin kepada Shahirah, 27 tahun.

Manakala Ahya turut memberikan wang hantaran sebanyak RM30,000 kepada pengantin perempuan.

Ahya pada majlis pernikahannya.

Pasangan tersebut turut melangsungkan majlis resepsi di lokasi yang sama pada sebelah malam.

Sementara itu, Normah menerusi laman sosial Instagram miliknya meninggalkan catatan memberi kata-kata nasihat kepada anaknya itu selepas bergelar suami.

“Pesan mama, sayangilah isteri, dia bahagia dan anak mama akan berasa seperti di syurga Allah.

“Mama sentiasa doakan agar pernikahan ini diberkati kekal bahagia di dunia dan akhirat,” tulisnya.

Pasangan itu terdahulu mengikat tali pertunangan pada November tahun lalu selepas setahun berkenalan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here