“Baby first check up” Mawar Rashid Dipuji N3tizen Tetap Cantik Walaupun Berpantang

315

Pasangan dua sejoli Mawar Rashid dan Raf Yaakob baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang baru lahir pada 13 March 2019 diberi nama Raden Muhammad Rafael Bin Raden Ahmad Faizal. Raf Yaakob telah mempunyai sepasang cahaya mata hasil perkahwinan beliau terdahulu.

Terbaru Mawar memuatnaik gambar first baby check up tarik perhatian n3tizen. Malah Mawar juga dipuji tetap cantik walaupun tengah berpantang. Malah sesetengah n3tizen tetap memberi komen-komen negative tapi tidak diambil serius oleh Mawar dan dianggap itu semua sebagai nasihat.

GAMBAR:

Antara komen dari peminat:

Artikel berkaitan. “Tima Banyak Tolong Family, Tolong Kawan-Kawan Sebab Tu …” – Mawar Rashid Dedah Sikap Emma Maembong Sempena Hari Lahir.

Pelakon Mawar Rashid atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid mendedikasikan ucapan khas sempena hari kelahiran rakan karibnya, Emma Maembong yang disambut semalam (27 Mac).

Mawar memuat naik sekeping foto bersama Emma di laman Instagram miliknya bersama ucapan hari lahir. “Kita pun nak throwback la gambar with this BIRTHDAY GIRL. Ni gambar masa tahun 2013. Zaman baru nak UP kita. Mawar happy dengan kejayaan Titimama, dimana tempat tima berada sekarang, memang atas usaha & kelebihan yang tima ada.

“Tima banyak tolong family, tolong kawan-kawan sebab tu rezeki titimama tak pernah putus. I’m so proud of you. Tak kisah ape orang nak cakap ape pasal tima, yang penting orang yang kenal tima tahu kemuliaan hati titimama. Love you!! @emma_maembongofficial,” tulisnya.

Di ruangan komen, rata-rata peminat Mawar turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Emma dan mendoakan agar persahabatan mereka terus berkekalan.

Sekadar info, Emma mula aktif di industri hiburan pada tahun 2012 manakala Mawar pada tahun 2014 dan mereka berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini. Sumber gempak

Lagi artikel berkaitan. ‘Siapa sangka tamat belajar ketika sarat hamil?’

KUALA LUMPUR: Pelakon, Mawar Rashid, tidak menjadikan keadaan diri yang sarat hamil sebagai halangan untuk menghadiri majlis konvokesyennya di sebuah kolej swasta di Shah Alam, Selangor, hari ini.

Pernah hampir berputus asa kerana perlu mengimbangi pelbagai perkara dalam satu masa, Mawar menjadikan ibu sebagai penguat semangat untuk menamatkan pengajian peringkat diploma dalam bidang pengurusan perniagaan.

“Alhamdulillah, ia menjadi kegembiraan berganda buat saya apabila menaiki pentas bukan berseorangan, sebaliknya bersama bayi dalam kandungan. Siapa sangka, saya berjaya menamatkan pengajian dalam keadaan sarat begini? Lebih bermakna, kejayaan saya turut diraikan keluarga, hari ini.

“Biarpun mengambil masa lebih lama untuk menamatkannya kerana urusan kerjaya dan mendirikan rumah tangga, keluarga serta suami banyak memberikan saya kekuatan. Bukan mudah sebenarnya, tetapi saya berazam untuk membuat ibu berbangga dengan kejayaan ini,” katanya kepada BH Online.

KEJAYAAN Mawar menamatkan pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan turut diraikan keluarganya. – Foto ihsan Mawar Rashid

Buat waktu ini, ujarnya, dia belum mempunyai perancangan untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Begitupun, saya memang memasang impian ke arah itu. Malah, saya kini turut mempraktikkan ilmu yang dipelajari dengan menjalankan perniagaan kosmetik, sejak beberapa tahun lalu. Ia mungkin dapat dikembangkan lagi pada masa akan datang,” katanya.

Dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat di laman sosial, Mawar atau pemilik nama penuh Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 24, memuat naik gambar sekitar majlis konvokesyennya, sebentar tadi.

Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf pada 9 November 2017 dan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Raf mempunyai dua cahaya mata iaitu Raden Ahmad Rayyan, 8, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 4, hasil perkahwinan terdahulu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber bharian / cokelatputih.com

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here