“Mana kau Acab…” -Esok hari terakhir! Setelah 7 hari, Pihak berkuasa mahu hentikan misi pencarian

361

 

Buntu dan bagaikan hilang punca, telah masuk hari ketujuh sejak dan misi pencarian Mohd Ashraf masih lagi dilakukan sejak dilaporkan hilang pada 23 Mac lalu.

Mohd Ashraf yang tidak dapat dijejaki selepas menjadi salah seorang peserta larian di bawah anjuran Gopeng Ultra Trail didakwa tidak tiba di garisan penamat pada masa yang ditetapkan meskipun di antara pelari terawal.

Sehingga kini, misi pencarian menjadi semakin sulit kerana tidak ada langsung petanda yang dijumpai malah dikhabarkanpihak berkuasa akan menamatkan pencarian mengikut prosedur.

Melalui Facebook rasmi Seladang Perak, mereka menyeru agar ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dalam apa segi pun supaya dapat meneruskan misi mencari Ashraf.

Pasti ahli keluarga Ashraf tidak sabar menanti kepulangannya, semoga dipermudahkan urusan misi pencariannya dan ditemukan dengan segera.

 

Katanya, setakat 6 petang hari ini pihaknya menjalankan lebih perincian terhadap operasi SAR dari ‘check point’ pertama hingga ke garisan penamat laluan peserta sejauh 25 kilometer.

 

“Bagi JBPM, kita masih menggunakan khidmat pasukan khas iaitu MUST dan STORM, manakala khidmat anjing pengesan (K9) bomba tidak lagi digunakan hari ini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mohd Yunus berkata, aktiviti pencarian turut dibantu orang awam dan rakan mangsa, namun kita meminta mereka yang memberi bantuan itu supaya memaklumkan kepada pihak bomba bagi tujuan keselamatan.

 

“Sebelum orang awam mahu menjalankan usaha mencari, mereka perlu pergi secara berkumpulan dan memaklumkan di pusat operasi supaya kita tahu pergerakan mereka,” katanya.

 

Menurutnya, pihaknya ada bertemu ahli keluarga Mohammad Ashraf dan mereka memaklumkan yakin Mohammad Ashraf masih hidup serta selamat.

 

“Kita harap masyarakat tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga (Mohammad Ashraf) dan biar pasukan SAR terus menjalankan operasi,” katanya.

sumber : Harianmetro / celotehsaje.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here