Altet Paralimpik Kacak Selamat Bertunang, Netizen Puji Majlis Serba Ringkas

422

Atlet renang paralimpik, Anas Zul Amirul, 19 tahun telah bertunang dengan gadis pilihannya, Suffi Mazatulnizam, 20 tahun, semalam.

Menerusi perkongsian Suffi di Twitter, Anas merupakan seorang atlet renang Paralimpik manakala dia masih melanjutkan pengajian dalam jurusan komunikasi masa.

Manis berkongsi gambar-gambar majlis pertunangan mereka, rata-rata netizen memuji majlis tunang mereka serba ringkas.

Membalas pujian netizen, Sufi di laman twitternya, @Suuuue_, mereka memang mahu berjimat. Baju yang digayakan merupakan baju kurung biasa yang dipakai untuk ke kelas manakala Anas memakai baju jalan biasa.

Solekannya juga dtatarias sendiri dan hanya ahli keluarga dan beberapa rakan baik sahaja dijemput.

https://twitter.com/ninishpahah/status/1112640393030459393

Selain pujian ringkas, ramai netizen mendoakan urusan pasangan yang telah bersama selama satu tahun lima bulan ini menuju ke alam perkahwinan dipermudahkan.

Anas Zul Amirul cemerlang dalam sukan renang apabila meraih pingat emas di dalam acara 100 meter gaya bebas S14 (masalah pembelajaran) pada Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017.

Sumber : Gempak

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here