Dah Berbadan Dua? Ini Jawapan Elfira Loy

145

Pelakon Elfira Loy, 25, menjawab desas-desus yang mendakwa dirinya sedang berbadan dua.

“Lumrah pasangan yang sudah berkahwin, mesti mereka mahukan cahaya mata sebagai penyeri keluarga.

“Alhamdulillah, semenjak hari pertama saya bernikah, saya telah menerima doa dan kata-kata yang baik dari peminat.

“Mereka berharap serta mahu melihat saya dan suami menimang anak secepat mungkin.

“Jadi, bagi menjawab desas-desus terbabit, saya mohon semua pihak mendoakan yang baik-baik untuk saya dan suami, Insya-Allah,” jawab Elfira sambil tersenyum.

Sebelum ini, timbul khabar yang mengatakan Elfira sedang berbadan dua, melihatkan kepada penampilan pelakon itu yang kelihatan lebih berisi berbanding biasa.

Elfira ditemui usai majlis pertunjukan fesyen Hari Raya 2019 jenama Alhumaira yang diadakan di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur sebentar tadi.

Di majlis terbabit, pemilik nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri itu turut diumumkan sebagai wajah baru koleksi Hari Raya 2019 serta duta jenama Alhumaira.

Elfira mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Muhammad Faris Khairol Anuar, 28, pada 1 Januari lalu.

Sebelum itu, Elfira dan Faris mengikat tali pertunangan pada 2 September 2018.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Harini nak jalan-jalan sat dengan berbaju kurung from @zoffya.co .

A post shared by 25 | 🇲🇾 | Married lol (@elfiraloy) on

KOMEN NETIZEN KETIKA MAJLIS RESEPSI ELFIRA

Cantik dan anggun dalam busana warna biru, Elfira dan Faris diraikan dalam suasana meriah siap dengan paluan kompang lagi.


Majlis resepsi Elfira dan Faris yang diadakan di Melaka.

Menerusi gambar yang dimuat naik dalam akaun Instagram milik ElfiraXFaris, resepsi ini diadakan secara tertutup mengikut permintaan nenek Faris dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja.

Namun apa yang menarik, rata-rata peminat memberi komen tentang perubahan Elfira yang dikatakan berbadan dua.

Di dalam gambar dan video, Elfira kelihatan sedikit berisi dan selempang yang dipakainya asyik menutupi bahagian perutnya.

Nyata peminat gembira dan tidak sabar untuk melihat El-Faris junior serta mendoakan kebahagian pasangan itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Keempat dan majlis terakhir. Memenuhi hajat nenek Faris yang ingin majlis diadakan di Melaka tetapi majlis tertutup untuk familiy Melaka sahaja . Banyak sangat bunyi bila El dan Faris buat majlis resepsi banyak kali. Sesungguhnya tak perlulah kita berbalah. Mereka ada keluarga dan memenuhi permintaan keluarga masing-masing . Hentikanlah segala caci maki kerana kita juga ada keluarga, kita juga ada anak-anak yang mana kita tak tahu pun bagaimana pengakhiran hidup kita, keluarga dan anak-anak kita . Nak tengok video2 lain tengok ig story admin . Make up El by @jijiezainal Venue @weddingvillagebyaudrarahman . #elfaris #elfiraloy #elfiraxfaris #fariskanuar

A post shared by Tengah Cari Nama Yg Sesuai (@ceritaartismalaysia) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Terasa bahagiaaaa 💕 . 🎥: @fipstudio.xo . #elfaris #elfiraloy #elfiraxfaris #fariskanuar

A post shared by Tengah Cari Nama Yg Sesuai (@ceritaartismalaysia) on

Sumber : Gempak

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here