Foto Indah Sekitar Majlis Resepsi & Akad Nikah Bella Dally

320

Pelakon Bella Dally telah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan iaitu Arif Izuddin dengan sekali lafaz pagi semalam.

Pasangan pengantin baru itu telah diraikan dalam satu majlis resepsi yang meriah pada malam harinya.

Majlis yang bertemakan ala Inggeris itu diadakan dengan meriah di Marina Putrajaya.

Majlis tersebut diadakan secara tertutup dan cuma dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat mereka sahaja.

Antara rakan artis yang hadir memeriahkan majlis adalah pelakon Elfira Loy, Mira Filzah, Amyra Rosli, Betty Rahman, Wan Sharmila dan Azira Shafinaz.

Terdahulu, rombongan meminang Bella diadakan di kediaman keluarganya di Kota Kinabalu, Sabah pada 12 Januari lalu.

Bella atau Nabilah Ali Dally, sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016 namun bercerai pada 2 Mei 2018.

Berikut merupakan foto-foto sepanjang majlis tersebut:

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Acara memotong kek di majlis resepsi @belladally & Arif. Tahniah Bella dari kami di #EHMALAYSIA #arifringsbell

A post shared by EH! (@ehmalaysia) on

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Nampak simple ja mata tu tapi bnyk juga color & kerja nak buat ya….kikiki.. ada pink, peach, brown, champion pop & shimmery.. Nak Kina recreate this look? Siapa model ya hmmm 🙄 Tahniah #ArifRingsBell @belladally . Peel mask dulu bg skin Bhell nampk fresh. Katanya xcukup tidur . Spray fav @shuuemura . AquaMoisture @doctox_hq X @ynasakinahbeaute (Alhamdulillah sudah almost 3rd batch restock) Tunggu new packaging ya. . . Eyekit (Eyebrow, Eyeliner & Mascara) @ynasakinahbeaute .. Bhell suka ada wingliner . . Lipstick YSL @yslbeauty #yslmalaysia #yslbeautymy . . #makeupbynasakinah #makeupartist #muamalaysia #makeup #moisturiser #doctox #ynasakinahbeaute #beauty #malaysia #brunei #indonesia #singapore

A post shared by Celebrity Makeup Artist (@ynasakinah) on


Sumber : Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here