“Sekurang-Kurangnya Mengaku Dan Minta Maaf, Bukan Tegakkan Benang Yang Basah…,” – Datin Elvina Mohamad

16

Pelakon, Datin Elvina Mohamad yang pernah terpalit dengan kisah sensasi tidak lama dulu mengakui apa yang berlaku mematangkan diri.

Bagaimanapun ibu beranak satu ini mengharapkan yang terbaik buat dirinya sekeluarga.

Cuma, dia sempat memberi pesan kepada sesetengah wanita supaya menjaga batas pergaulan.

“Kepada wanita di luar sana kalau dah tahu lelaki yang didekati itu suami orang, jagalah batas pergaulan.

“Malah kalau ada lakukan salah sekali pun, sekurang-kurangnya mengaku dan meminta maaf, bukan tegakkan benang yang basah.

“Sebab kalau kita sudah lakukan kesilapan tetapi masih tidak mengaku walau dah jelas, itulah sebenarnya yang mengeruhkan lagi keadaan sebenarnya,” katanya kepada MH.

“Tak perlulah nak keluar dengan suami orang sebab nanti ia boleh timbulkan fitnah dan syak wasangka orang,”tambahnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Elvina baru sahaja selesai penggambaran drama pendek sebanyak enam episod berjudul Geng Mak Mak yang turut menampilkan pelakon berstatus ibu seperti Nad Zainal, Rita Rudaini dan ramai lagi.

“Kiranya ini drama saya yang pertama selepas berehat lebih setahun selepas tempoh berpantang. Setakat ini, saya hanya berani ambil tawaran yang tidak memerlukan masa panjang.

“InsyaAllah selepas raya nanti saya akan timbang tawaran berlakon di dalam drama yang lebih panjang,” tambahnya.

Foto: Instagram Elvina Mohamad via MH

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here