[Gambar+ Video] Firasat Ibu Rasakan Acap Berada Dalam Gua, Sukarelawan Mula Redah Gua Jam 12 Malam Semalam

313

Kehilangan Acap sehingga kini masih lagi menjadi misteri dan kedudukkannya masih gagal dikesan walaupun misi pencarian dilakukan setiap hari.

Pelbagai perkongsian di media sosial dibuat oleh orang ramai sama ada yang terus berdoa supaya Acap segera ditemui dan ada juga individu-individu yang berkongsi pengalaman peribadi yang pernah berhadapan dengan situasi aneh ketika di hutan.

Tak kurang juga ada yang berkongsi pelbagai ikhtiar sama ada secara moden mahupun alternatif bagi membantu misi pencarian sekaligus meredakan kebimbangan keluarga Acap terutama ibunya.

Melalui perkongsian yang dibuat oleh Perubatan Islam Nur Zikir, mereka telah melakukan pencarian di kawasan sekitar gua dalam peta pencarian setelah firasat ibunya mengatakan Acap berada di lokasi tersebut.

Ikuti perkongsian dan video dan gambar-gambar operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan mereka di bawah.

Firasat ibu acap mengatakan anaknya berada di sekitar gua ini. Alhamdulillah dengan izin Allah sebelum masuk ke gua ini kita telah menunaikan solat hajat dan bacaan Surah Yasin.

Maaf kepada semua yang tunggu untuk menonton secara live fb tadi kerana tidak ada line semasa dalam perjalanan masuk ke gua tersebut.

Inshaa Allah kita akan upload video semasa pencarian di dalam gua ini secepat mungkin. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami dalam misi pencarian ini.

Tadi kami masuk pukul 12 malam keluar pukul 5 pagi perjalanan sangat jauh dan pelbagai rintangan kami tempuhi. Esok pagi kita akan sambung pencarian mencari acap di kawasan yang akan kita update nanti.

 

Firasat ibu acap mengatakan anaknya berada di sekitar gua ini..alhamdulillah dengan izin Allah sebelum masuk ke gua ini kita telah menunaikan solat hajat dan bacaan Surah Yasin..maaf kepada semua yang tunggu untuk menonton secara live fb tadi kerana tidak ada line semasa dalam perjalanan masuk ke gua tersebut..Inshaa Allah kita akan upload video semasa pencarian di dalam gua ini secepat mungkin..terima kasih kepada semua yang mendoakan kami dalam misi pencarian ini.. tadi kami masok pukul 12 malam keluar pukul 5 pagi perjalanan sangat jauh dan pelbagai rintangan kami tempuhi..esok pagi kita akan sambung pencarian mencari acap di kawasan yang akan kita update nanti.

 

 

VIDEO

Komen

Nurulafiqah Zulkifle Terima kasih yg membntu mncri acap wlpon saya x kenal siapa die tapi saya nmpk usaha2 yg mncri luar biase tp dalam masa yg sama saya juga doakn supaya keselamtan anda juga terjamin dan selamat utk mncari semoga urusan anda dan acap dipermudahkn allah amin..

#rakyat malaysia prihatin😥😥

Aishah Noor Al-Hafiz Ya allah ya maha mndengar..kau permudahkn sgla urusan pencarian mencari acap..dgn kuasamu ya allah..kau ketemukanlah acap kembali dan keluar dari alam ghaib dgn selamat..kepadamu kami dtg kepadamu jugak kami kembali.

Nailah AR InsyaAllah.. Sikit lg acap. Sikit je lg. Dari part kita bykkn selawat niatkan utk acap. Semoga acap diberi kekuatan. Sy yg silent reader ni tak tahu la kenapa pagi ni duk fikir pasal acap juga.

Ros Lela Wati Semoga dipermudahkan urusan pencarian dan semoga diberikan kekuatan & perlindungan kepada semua sukarelawan yg terlibat.

Azah Arw saya ade baca info dari gp sebelah , ada wanita cakap semasa acap tgh buat larian tu acap ada terlanggar anak bunia yg bermain kat kawasan tu , anak bunian tu tercedera dan sbb itu penunggu kawasan tu tidak mahu pulangkan acap . tak tahu laa sedalam mana kesahihan cerita ini . sbb hanya allah yg tahu segalanya . sesungguhnya alam lain itu wujud . apa apa semoga acap dikembalikan dengan selamat . aminn . sama sama kita doakan acap semoga cepat dikembalikan kepada keluarga

Keylathaii Amin Hasbunallah wanikmal wakil . Ya Rahman ya Rahim . Smoga Kau permudahkanlah segala urusan pencarian ini 🙏 . Dia ada cuma dh disorokkan makhluk lain . Naluri kuat mmg mnyatakan dia disorokkan . Hmmm .

Hanya Satu Nama Semoga hari yg mulia ini israk dan mikraj sama2 kita berdoa dan minta di permudahkan segala urusan utk cari saudara kita yg masih hilang…ya allah engkau selamat segala umat mu ini yg sedang kesusahan..berikan kemudahan utk mcari umatmu yg tersesat utk kembali di alam mu ini yaa allah..engkau berikan kekuatan kpd meraka ya allah…hanya kami mampu meminta doa dr mu ya allah utk kemudahan

Sumber: Perubatan Islam Nur Zikir , SiakapKeli via MenujuKebenaran

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here