“Dari Nak Cari Acap Sorang Kena Cari Ramai Pula” – Ini Puncanya

310

Misi pencarian Ashraf telah melibatkan puluhan malah ratusan penyelamat termasuk orang awam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu sepanjang lebih 12 hari ini.

Walau bagaimanapun, pintu masuk utama ke kawasan pendakian tersebut baru-baru ini ditutup disebabkan oleh jumlah kunjungan yang terlalu ramai sehingga berlaku perkara yang tak diingini.

Facebook Bomba Perak dalam satu kenyataannya hari ini turut menerangkan penularan kempen ‘Jom Mencari Asyraf Secara Besar-Besaran’ yang dipercayai akan menyukarkan lagi proses pencarian.

INFO BOMBA PERAK

 

Berkenaan satu penularan info dari public

*Jom Mencari Asyraf Secara Besar-besaran*

 

Adalah dimaklumkan JBPM Negerpi Perak tidak terlibat bagi hal berkenaan.  JBPM Negeri Perak menasihatkan agar orang awam dapat memberikan kerjasama kepada operasi

 

mencari oleh pihak berkuasa yg terlibat kerana *viral* tersebut boleh akan menyebabkan:

1) Kehadiran orang awam yang ramai boleh menyebabkan keharmonian di sekitar kampung akan terjejas.

2) Mengganggu FOKUS pencarian oleh agensi penyelamat.

3) Aspek keselamatan kerana terdapat punca penyebab di dalam kawasan berkenaan seperti contoh gambar yang dijumpai oleh pihak bomba.

Adalah dinasihatkan agar sebarang pergerakan masuk perlu merujuk kepada pihak Polis/Bomba/Agensi keselamtan di Post Kawalan pencarian utk mengelak sebarang kejadian tidak di ingini berlaku.

Sekian terima kasih.

Sehingga Saat Ini, Sudah 19 Kaedah Dan Kawasan Digunakan Tapi Acap Masih Belum Ditemui

Semenjak kehilangan Acap pada 23 Mac lalu, ratusan sukarelawan serta pasukan penyelamat telah turun padang dalam usaha membantu mencari keberadaannya.

Dia yang merupakan salah seorang peserta Gopeng Ultra Trail telah didakwa hilang selepas menyedari tidak tiba di garisan penamat pada masa yang ditetapkan.

Dalam masa yang sama, ramai juga diantara netizen yang memberi cadangan mahupun dapat melihat visual secara maya keberadaan Ashraf di kawasan gunung tersebut.

Melalui Group Hiking And Recreation Around Malaysia (HARAM), seorang individu yang turut terlibat dalam pencarian Ashraf menyenaraikan 19 cara yang telah digunakan sepanjang operasi.

Kaedah / kawasan pencarian yg telah dibuat sepanjang operasi.

1. Pencarian melalui trek asal 25km

2. Pencarian dipuncak Bt Putih

3.Pencarian di Bukit Ratteh

4. Pencarian di semua kawasan isyarat pancaran telco

5. Pencarian di air hingga ke tronoh mines

6. Pencarian mengguna alat pengesan khas olh 2Briged

7. Pencarian mengguna tali turun tebing olh bomba

8. Pencarian guna anjing pengesan

9. Pencarian guna imam / ustaz

10. Pencarian olh ibu mangsa bersama ustaz

11. Pencarian guna pawang / bomoh

12. Pencarian atas firasat rakan2 online

13. Pencarian guna drone

14. Pencarian guna heat detector

15. Pencarian secara rondaan motorsikal

16. Pencarian olh unit senoi praaq (unit khas polis asli)

17. Pencarian olh org kampung

18. Risik balas olh pihak berkuasa pd smua maklumat pribadi yg brkenaan

19. Pencarian oleh geng hikers

Itu semua kaedah yg diguna pakai..

Sehingga saat ini, masih lagi tiada apa2 petanda. Harap maklum.

Sumber : Siakapkeli

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here