“Tak Ada Wedding Album, Tak Ada Pelamin…” – Kenang Zaman Kahwin, Sharifah Aleya Rindu Suami

317

Pelakon dan pengacara, Sharifah Aleya mengenang kembali saat perkahwinannya bersama suami, Mohammed Azam Abdullah (Miko) beberapa tahun lalu.

Aleeya atau nama sebenarnya Sharifah Aleya binti Syed Zainal Rashid mengimbas kenangan itu menerusi kemas kini Instagram semalam.

Kata Aleya, detik-detik manis itu membuatkan dirinya semakin merindui suaminya kesayangannya.

 “Tak ada wedding album, tak ada pelamin, tak ada entertainment (except when we sang for each other).

“Tak ada protocol. Yang ada, you, me, our kids, our family and friends and a whole lot of love. Pretty much sums up our life kan Cinta? I miss you extra today. Drive safe,” tulisnya.

Terdahulu, Aleya dan suaminya, Miko telah berkahwin pada Januari 2013 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Ali Abdullah dan Ayaan Abdullah.

Manakala menerusi perkahwinan pertamanya bersama pemuzik, Muhd Ashraf Aasimuddin, Aleya dikurniakan sepasang anak kembar, Aza Ameena dan Asha Ameena.

 Foto: Instagram @sharifahaleya via Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here