Bakal Nikah Besok? Ini Rupanya Pekerjaan Bakal Suami Nelydia Senrose..

570

 

PELAKON Nelydia Senrose seakan memberi isyarat bakal menamatkan zaman bujang dan bergelar isteri pada Sabtu ini.

Menerusi Instagram, Nelydia memuat naik foto bersama seorang lelaki dipercayai kekasihnya yang dikenali sebagai Hafiz dengan kapsyen mahu bertemu di hari pernikahan.

“I shall see you tomorrow on our nikah day? (Saya akan jumpa awak esok pada hari nikah kita?),” tulisnya pada petang Jumaat.

Foto dan kapsyen yang dimuat naik Nelydia di Instagram.

Gara-gara perkongsian itu, foto tersebut dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat dan pengikutnya.

Malah, rakan-rakan artis juga tidak ketinggalan meninggalkan komen mendoakan urusan bakal pengantin ini dipermudahkan.

“Be happy my Amani, semoga sampai ke Jannah, semoga segalanya dipermudahkan,” tulis Daler Yusuf.

“Tahniah Nely,” kata Ika Nabella dan Elisya Sandha pula.

Nelydia diraikan dalam satu majlis ‘bridal shower’ awal Mac lalu.

Manakala, kakaknya iaitu Uqasha Senrose hanya meninggalkan emoji ‘love’ di ruangan komen.

Foto berserta tanda pagar #myotherhafeznel itu menerima lebih 50,000 tanda suka dan hampir 700 komen.

Pada 3 Mac lalu, pelakon drama Encik Suami Mat Salih Celup ini telah diraikan dalam satu majlis ‘bridal shower’ di sebuah hotel di ibu negara.

Pemilik nama penuh Nik Zaris Nelydia Nik Senrose, 24, itu menjalinkan hubungan dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Hafiz sejak April 2018.

“Hari ini salah satu hari bermakna saya, tak pernah lalui perasaan seperti ini”- Nelydia bakal berkahwin dalam masa terdekat?

PELAKON Nelydia Senrose dijangka bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat apabila dia diraikan dalam majlis ‘bridal shower’ yang diadakan pada petang Ahad.

Nelydia, 24, menerusi Twitter memberitahu dia berasa berdebar untuk menghadiri majlis pertamanya itu.

“Hari ini adalah salah satu hari bermakna saya. Saya tidak pernah melalui perasaan seperti ini dalam hidup saya tapi ia sangat menggembirakan saya.

“Saya tidak sabar untuk melaluinya tapi sekarang saya nak mandi dulu,” ujarnya awal pagi Ahad.

Majlis yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu dihadiri adik-beradik dan rakan-rakan perempuannya.

Nelydia luah perasaan di Twitter miliknya.

Menerusi perkongsian kakaknya, pelakon Uqasha Senrose, pelakon drama Cinta Tiada Ganti itu kelihatan anggun dan berseri dengan mengayakan gaun berwarna putih.

Manakala tetamu yang hadir memakai baju berwarna oren dan merah jambu.

Majlis bertajuk Nelydia Senrose last fling before the ring! itu juga menggunakan hastag #Myotherhafeznel.

Pada Januari lalu, mStar Online melaporkan pelakon yang baharu pulang menunaikan umrah itu berhasrat untuk berkahwin dengan lelaki pilihannya pada tahun ini.

Pemilik nama penuh Nik Zaris Nelydia Nik Senrose itu menjalinkan hubungan dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Hafiz pada April tahun 2018.

Sumber : Mstar via riverbed.me via media ohsem

Pelakon Nelydia Senrose mengakui tidak tahu mengenai status kekasihnya bernama Hafiz yang didakwa merupakan seorang jutawan.

Menurut Nelydia, kekasihnya itu merupakan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Pantai Timur.

“Dia jutawan atau tidak saya tidak tahu kerana saya tidak pernah cek akaun bank dia.

“Apa yang saya tahu dia merupakan seorang ahli perniagaan dan dibesarkan di Kuala Lumpur.

“Buat masa sekarang hubungan kami masih diperingkat awal dan tidak banyak sangat saya mengetahui pasal dirinya.

“Saya berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik bagi hubungan kami dan jika ada berita gembira saya akan kongsikan secara terbuka kepada semua orang,” katanya kepada Astro Gempak.

Nelydia Senrose berkata demikian ketika ditemui pada majlis pertunjukkan fesyen Starvilion di Royale Palace, di Royale Palace, Shah Alam, baru-baru ini.

Sumber: gempak

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here