Kasih Abang; Dia Setia Duduk Di Samping Adiknya Setelah Ditingg4lkan Ibu Di Tepi Jalan

204

Muncul sebuah video yang sangat menghibakan di laman-laman sosial mengenai dua orang adik beradik yang ditinggalkan oleh ibu mereka di tepi jalan di Vietnam. Mereka dikatakan ditinggalkan oleh ibu mereka sekitar jam 5 pagi dengan mengatakan dia mahu mengisi petrol di seberang jalan dan akan datang kembali mengambil mereka selepas itu. Namun begitu, kelibat ibunya tidak juga muncul.

Ketika mereka ditemui bayi tersebut telah ditinggalkan di dalam sebuah bakul bersama-sama abangnya yang berusia 6 tahun. Penduduk tempatan yang ternampak mereka segera menyelimutkan bayi kecil tersebut sedangkan abangnya dilihat sedang duduk menangis dia atas tanah.

Pihak berkuasa kini sedang berusaha menjejaki ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki dan adiknya yang berusia dua bulan itu.

Menurut kata Timbalan Ketua Pengarah Thu Duc Youth Village, Nguyen Thi Hong Chau: “Seorang budak lelaki enam tahun dilihat berada dalam keadaan panik sambil menangis bersama seorang bayi lelaki berusia dua bulan di dalam bekas plastik merah.”

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Max CH/Youtube via @EraBaru

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here