Kerana mata, buruh projek MRT warga Bangladesh ditawar jadi model antarabangsa

344

Seorang pekerja buruh warga Bangladesh menjadi terkenal selepas gambarnya yang dirakam jurugambar bebas, Hishammuddin Hashim atau lebih dikenali sebagai Abeden Mung tular dalam media sosial.

Selain ketampanan wajahnya persis seorang model yang telah menarik perhatian ramai, buruh dikenali sebagai Irfan Malik, 21 tahun itu juga memiliki sepasang mata yang unik dan cantik.

Abeden Mung bersama lelaki warga Bangladesh yang telah meraih perhatian warganet kerana memiliki sepasang mata yang cantik.

 

Menerusi Twitter, Abeden menceritakan bagaimana dia terjumpa dengan lelaki yang merupakan buruh pembinaan MRT berhampiran Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

“Terjumpa seorang lelaki warga Bangladesh ketika menikmati sarapan pagi setiap hari. Tetapi pada waktu itu, saya gagal merakam wajahnya kerana sedang membuat penggambaran video blog.

Dek kerana ketampanannya, Irfan menerima tawaran menjadi model antarabangsa.

 

“Namun pada 21 Mac lalu, saya berjaya merakamkan potret lelaki yang bermata cantik itu menggunakan telefon bimbit. Kacakkan dia?” jelasnya sambil berkongsi beberapa keping gambar.

Difahamkan, kisah Irfan yang dikongsi Abeden itu mendapat liputan antarabangsa sehingga dia mendapat tawaran dari sebuah agensi model di London tetapi menolak peluang berkenaan atas sebab-sebab tertentu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:- MHE TV

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here