Nelydia Senrose selamat bergelar isteri ahli perniagaan

179

Nelydia kini bergelar isteri kepada Hafez. Foto ihsan Instagram @shafiqshahar

 

PELAKON Nelydia Senrose selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, 35, dengan sekali lafaz pada Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapanya Nik Sen Mat Rifin disaksikan Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd Hamid kira-kira pukul 3.28 petang di sebuah hotel terkemuka di ibu negara yang dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat terdekatnya.

Sebelum pernikahan, pasangan ini telah mengadakan majlis pertunangan terlebih dahulu disaksikan lebih 200 orang tetamu.

Hafez menyerahkan mas kahwin berjumlah RM10,000 kepada Nelydia selain sembilan dulang hantaran yang dibalas 11 oleh pengantin perempuan.

Manakala, wang hantaran tidak dinyatakan.

Nelydia bersyukur majlis pernikahan dipermudahkan. Foto @cstproduction.

Sementara itu, Nelydia yang anggun mengenakan persalinan rekaan Ezuwan Ismail meluahkan rasa syukur kerana majlis tersebut telah dipermudahkan.

“Alhamdulillah impian, niat serta hajat yang saya harapkan selama ini dipermudahkan.

Doa saya di Tanah Suci Makkah serta apa yang dihajati juga Allah makbulkan serta beri jawapan pasti termasuk hal jodoh.

“Semoga permulaan fasa ini akan terus mematangkan saya dan dia. Insya-Allah,” katanya.

Sebelum ini, pelakon drama Encik Suami Mat Salih Celup ini telah diraikan dalam satu majlis ‘bridal shower’ di sebuah hotel di ibu negara pada 3 Mac lalu.

Sepanjang tempoh tersebut, Nelydia mengunci mulut dan tidak berkongsi butiran lanjut mengenai majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung.

Pemilik nama penuh Nik Zaris Nelydia Nik Senrose, 24, itu menjalinkan hubungan cinta dengan Hafez sejak April 2018.

 Sumber: Mstar

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here