Tahniah! Pada Usia 53 Tahun, Datuk Shah Rukh Khan Terima Anugerah Kedoktoran

123

Baru-baru ini bintang Bollywood terkenal, Datuk Shah Rukh Khan telah menerima anugerah kedoktoran oleh University Of Law in London.

Pelakon yang terkenal dengan filem Kabhi Khushi Kabhie Gham itu telah berkongsi berita gembira itu menerusi di akaun Twitter miliknya.

“Thank u for the honour @universityoflaw & my best wishes to the graduating students. It will encourage our team at @MeerFoundation to strive ‘selfishly’ to share more.”tulisnya.

Di samping itu, Shah Rukh Khan telah titipkan ucapan terima kasih kepada pihak universiti yang telah memberi penganugerahan tersebut kepada dirinya.

Dalam pada itu, peminat kepada bintang Bollywood yang berusia 53 tahun telah mengucapkan tahniah kepada Shah Rukh Khan.

Kami juga ingin mengucapkan ucapan tahniah kepada Shah Rukh Khan kerana telah menerima anugerah kedoktoran tersebut.

Foto : Twitter Shah Rukh Khan via MH

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here