Octovia Kongsi Gambar Dengan Pengantin Baru Nelydia Dan Suami, Tetapi Terima Kata-kata Pedas

372

Oktavio manrose siapa tak kenal dengn seleberiti ini yang merupakan adik kepada aprena manrose dan merupakan sepupu kepada nelydia senrose yang sebelum ini terpalit dengan kontrovesi dengan penyanyi dan pelakon kelahiran singapura alif aziz.

Oktavia manrose sekali lagi menjadi isu para netizen apabila beliau berkongsi gambar beliau dengan sepupunya nelydia senrose serta suami di majlis persandingan beliau semalam,lain pulak yang menjadi tumpuan netizen .

Bila mana oktavio menrose memuat naik di laman instagramnya gambarnya dengan pasangan pengantin tersebut ada pulak netizen-netizen yang nakal turut memberikan komen negetif terhadap beliau antaranya jangan pulak sondol laki dia.

Doakan yang baik-baik sahaja untuk beliau jangan kecam sanggat diapon boleh berubah juga mana tahu itu salah satu dari kesilapan beliau minta yang baik-baik jerlah ,apapon selamat pengantin baru buat nelyedia senrose dan suami.

Oktovia Manrose Minta Maaf Pada Bella Astillah

Pelakon baharu yang dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Aliff Aziz iaitu Oktovia Manrose akhirnya meminta maaf terhadap isteri aktor itu Bella Astillah.

Oktovia berkata, dia enggan menegakkan benang yang basah dan mengakui kesilapan yang dilakukan sehingga menjejaskan rumah tangga pasangan itu.

Hari ini bersejarah buat saya dan tidak pernah terfikir pun semu ini akan berlaku.

“Kepada Bella Astillah saya tak nak menegakkan benang yang basah. Saya minta maaf dengan apa yang berlaku dan apa yang berlaku sangat salah.

“Saya tak patut keluar dengan suami orang dan saya tak patut keluarkan apa-apa kenyataan kerana saya yang salah,” ujarnya di Instagram malam Rabu.

Sebelum ini isteri pelakon Aliff Aziz mendedahkan suaminya sedang menjalinkan hubungan dengan seorang pelakon baharu ketika menjalani penggambaran sebuah telefilem.

Bella berkata, dia mendapat maklumat daripada sumber di Instagram bahawa pasangan itu berhibur di sebuah kelab malam.

Sementara itu, Oktovia menyedari dia tidak sepatutnya membuat kenyataan berkaitan yang memburukkan lagi keadaan.

Katanya, tindakan itu disebabkan provokasi dan kata-kata kesat keterlaluan yang dilemparkan netizen terhadap dirinya.

“Kenapa tadi saya jawab begitu kerana kata-kata kesat netizen sampai buat saya melantun. Ia sangat menyakitkan namun saya sepatutnya menerima tomahan itu,” ujarnya.

Oktovia turut berharap kemelut rumah tangga Aliff dan Bella itu dapat diselesaikan dengan cara baik.

Pelakon baharu ini ialah anak pasangan penyanyi dangdut Iwan dan pelakon Allahyarham Rosnah Mohd Noor.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : iloveviralstory dan mstar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here