[VIDEO] “Hahaha Ibu Ketip-Ketip Je Bibir Tahan Mar4h” – Reaksi Fasha Sandha Menahan Mar4h Mencuit Hati Netizen

171

Siapa yang tak kenal dengan Fasha Sandha, pelakon yang mampu menjiwai segala watak yang ditugaskan oleh pengarah. Tidak kira watak protagonis atau antagonis Fasha tetap memberikan seratus peratus fokus terhadap lakonannya.

 

Terbaru, satu video dimuat naik oleh Fasha dimana reaskinya menahan marah sejurus anak lelakinya menumpahkan air milo ke baju mencuit hati netizen.

VIDEO:

Komen netizen;

 Penyabar sungguh Ibu rayfal…Kalo saya …dah ribut taufan dah

 

Haha nk mrh tp sbb record,pastu muka…hhaahhaa cantik

Comel ibu tahan geram je tgk Milo tu tumpah🤣🤣🤣

Basuh periuk, masak nasi goreng tugas pertama Fasha Sandha di rumah mertua

PELAKON Fasha Sandha mendapat pujian netizen apabila tidak kekok bergotong-royong menyediakan menu sarapan untuk keluarga suaminya, Aidil Aziz di Kampung Gadong, Rembau, Negeri Sembilan.

Rata-rata kagum dengan keakraban Fasha dan keluarga mertuanya walaupun selepas sehari majlis bertandang diadakan di rumah keluarga Aidil.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan melalui posting Instagram Aidil dilihat sedang memasak nasi goreng di dapur yang masih dipenuhi perkakas kenduri.

Gelagat Fasha dan Aidil membasuk periuk selepas tamat majlis persandingan mereka pada Sabtu

“Tahniah, berserinya muka pengantin. Touching melihatnya, Semoga rumah tangga yang baru dibina kekal hingga jannah dan dapat zuriat yang soleh dan solehah,” tulis @cipmun_comel.

 

“Kadang-kadang dapat pasangan orang kampung yang biasa-biasa ni lagi meriah dengan kehidupan rutin yang biasa bersama saudara-mara yang mesra dan membuatkan kita tidak kekok dan tidak perlu berprotokol, happy for both Fasha dan Aidil,” tulis @afidahmansor.

“Memang jarang nak tengok artis posting real life, salute Aidil and Fasha. Ini wedding of the abad, bukan of the year,” tulis @gigihaana.

Fasha sah menjadi isteri kepada Aidil pada 30 Mac 2019

Sebelum ini, Fasha dan Aidil juga dipuji selepas turut sama mencuci periuk dan kuali selepas berakhirnya majlis kenduri mereka.

Suasana kenduri berkonsepkan Melayu tradisional untuk pasangan ini juga disifatkan unik apabila Fasha dan Aidil diarak menaiki tandu.

Fasha dan Aidil diarak menaiki tandu pada majlis bertandang yang diadakan di Rembau, Negeri Sembilan

Fasha dan Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Abdul Aziz, 32, bertunang pada 18 November 2018 dalam satu majlis sederhana di Ampang, Selangor.

Mereka kemudian selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullai, Kangar, Perlis pada 30 Mac 2019.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber :IG fashasandha

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here