Seorang Pelajar Kolej Tidak Berganjak Dan Melaungkan Azan Ketika Ribut Melanda Di Kolej. Apa Yang Berlaku Seterusnya Buat Netizen Sebak.. Allahuakbar

231

KAJANGHUJAN lebat dan ri but pe tir petang Ahad menggemparkan penduduk sekitar Bangi serta Kajang, Selangor apabila banyak kerosakan berlaku akibat ben cana itu.

Susulan kejadian itu, ramai netizen berkongsi gambar dan video di media sosial.

Menerusi satu rakaman di Facebook Muhammad Izat Amir, seorang pelajar Kolej Vokasional Kajang dilihat melaungkan azan ketika ri but melanda di kolej berkenaan.


Paparan video seorang pelajar laungkan azan namun secara tiba-tiba pe tir menyam bar mengakibatkan bekalan elektrik terputus. – Facebook Muhammad Izat Amir.

Walaupun dalam keadaan cemas, angin kencang dan bekalan elektrik terputus akibat petir, pelajar itu tidak berganjak malah terus melaungkan azan dalam keadaan gelap di asramanya.

Rakaman berdurasi seminit 26 saat itu memaparkan suasana pa nik dalam kalangan pelajar apabila banyak peralatan asrama rosak.

Video yang tular sejak Isnin itu kini meraih lebih 20,000 tontonan dari netizen.

Berikut Adalah Luahan Sebak Netizen Selepas Menonton Video Yang Tular

Netizen, Sakura Love, berkata, “Kagum dengan budak yang azan, bagus mak ayah dia mendidik.”

Bagi Nurul Izzati, dia berasa sebak kerana pelajar itu tidak berganjak walaupun dia berisiko dipanah petir.

“Rasa sebak bila tengok adik ini tenang sahaja melaungkan azan dalam keadaan macam itu.”

Sementara itu, Haslina Ali, turut berkongsi pengalamannya ketika ribut itu melanda di Bangi.

“Masa ribut semalam (Ahad), kami sekeluarga pun terperangkap di Seksyen 8 Bangi. Syukur Alhamdulillah kami semua selamat.

“Pokok-pokok besar tumbang kat depan mata, Alhamdulillah kami dapat patah balik ke belakang, masuk balik kat kawasan rumah kedai. Ada dua kereta kena hempap papan tanda kedai

“Ngeri sangat masa tengok kejadian itu, Alhamdulillah Allah lindungi kami,” katanya. – Sinar Harian.

BEBERAPA rumah dan kereta rosak akibat dihempap pokok tumbang dalam kejadian hujan lebat serta ribut petir di Hulu Langat, petang tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Hulu Langat Kapten Maharris Manan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu 5 petang tadi.

“Kami menerima 71 panggilan kecemasan berkaitan pokok tumbang di sekitar Hulu Langat, Kajang dan Bangi sejak jam 5 petang tadi. Malah, sehingga kini kami masih menerima panggilan berhubung kejadian itu.

“Satu pasukan APM dikerahkan ke beberapa lokasi termasuk Seksyen 3, Bangi, Teras Jernang, Bangi dan Jalan Minang, Cheras.

“Selain APM, anggota bomba dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) turut bergegas ke lokasi bagi membantu mengalihkan pokok tumbang,” katanya ketika hari ini.

Maharris berkata, pihaknya dimaklumkan ada beberapa rumah serta kereta rosak dihempap pokok tumbang.

“Ini termasuk dua kereta milik kakitangan Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi yang diletakkan di klinik terbabit.

“Ada papan tanda di Teras Jernang, Bangi turut jatuh dalam kejadian ribut itu,” katanya.

Katanya, operasi pembersihan pokok tumbang di kawasan berkenaan sedang giat dijalankan.

Sementara itu, Pegawai APM Kuala Lumpur Leftenan Shahrul Kamar Mohd Johari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai pokok tumbang di Jalan Bukit Ampang, Bandar Sri Permaisuri dan Taman Bukit Angsana kira-kira jam 5 petang tadi.

“Kami menghantar pasukan ke lokasi terbabit untuk mengalihkan pokok berkenaan yang menghalang laluan. Di Bandar Sri Permaisuri, ada tiga kereta dan dua tiang lampu rosak akibat pokok tumbang.

“Kerja pengalihan pokok sedang giat dijalankan di lokasi berkenaan,” katanya.

Sumber : Harian Metro via KL Viral

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here