Ais krim Candy Crush? Siapa Yang Suka Main ‘Game’ Ini Mesti Teruja!

212

Permainan dalam talian, Candy Crush pernah menjadi satu fenomena seketika dulu kini hadir dengan jenama ais krim.

Bermain Candy Crush rasa macam ketagih selagi tidak habis ‘nyawa’. Kadang siap minta tolong kawan-kawan bagi ‘nyawa’ untuk terus bermain.

Terbaru, ais krim yang diinspirasikan dari jenama Candy Crush dikeluarkan oleh sebuah gedung di United Kingdom, Home Bargains.

Dijual dengan harga £1.99 untuk satu tub 500ml, ia hadir dengan beberapa perisa seperti bubblegum surprise, chocolate mountain dan marshamallow delight.

Tidak mengejutkan apabila setiap satu perisa ais krim ini turut mempunyai rasa gula-gula atau ketulan coklat yang menonjol dan kelihatan cukup menarik untuk dicuba.

Untuk info, permainan Candy Crush dilancarkan pada April 2012 dan telah dimuat turun sebanyak 500 juta kali pada tahun pertama pelancaran.

Permainan ini mempunyai 3,500 peringkat untuk dilepasi para pemain. Setiap pemain perlu memadankan warna dan bentuk gula-gula untuk meletupkannya mengikut tahap permainan.

Candy Crush bukan sahaja mempunyai ramai peminat di peringkat antarabangsa, malah di Malaysia juga.

Sumber: Mirror via HCL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here