“Saya Mahu Jumpa Dia..” – Tak Sanggup Lihat Nasib Ainul Mardhiah, Jutawan Aliff Syukri Cari Siapa Anak Kecil Ini

360

Alhamdulillah, semenjak berita Ainul Mardhiah ini menjadi perhatian kelmarin telah membuatkan ramai insan mulia mahu menghulurkan bantuan.

Terkini jutawan terkenal turut tampil mahu memberikan bantuan!

Antara posting Datuk Aliff Syukri

AAntara luahan bapa bayi ini :

“DOAKAN semoga Ainul Mardhiah terus kuat untuk bertahan serta melawan kans3rnya,” kata Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, bapa kepada bayi perempuan berusia lapan bulan Ainul Mardhiah yang menghidap kans3r ‘Germ CeII Tum0r’.

Ahmad Safiuddin berkata, dia dan isteri, Nurul Erwani Zaidi, 24, sentiasa mengharapkan anak sulung mereka itu sembuh.

Katanya, bayi itu dilahirkan ketika usia kandungan isterinya tujuh bulan dan Ainul Mardhiah lahir dengan keadaan sudah diserang kans3r berkenaan.

“Ainul Mardhiah yang dirawat di H0spital Melaka (HM) sebelum ini sudah stabil lalu dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pemb3dahan membuang ketumbvhan di mulut ketika berusia 10 hari.

“Selepas menjalani pembedahan, dia seperti bayi lain mampu tersenyum dan kembali normal.

“Bagaimanapun pada Oktober tahun lalu, saya serta isteri dimaklumkan terdapat ketvmbuhan baharu di bahagian leher anak dan kami tidak jangka keadaan menjadi sebegini,” katanya ketika ditemui di Ayer Molek, Melaka, hari ini.

Ahmad Safiuddin berkata, doktor menyarankan anaknya itu mengikuti kitaran kemoterapi Disember lalu, bagi mengelak ketumbvhan itu terus merebak.

Katanya, walaupun dua kali menjalani kem0terapi, keadaan anaknya tiada perubahan dan ketvmbuhan di mvlutnya terus membesar.

“Bayangkan dengan saiznya kecil dan berat kira-kira 1.2 kilogram, anak kecil itu terpaksa menjalani kem0terapi. Hanya Allah SWT sahaja tahu perasaan saya saat melihat dia menanggung kesakiitan itu.

“Bukan mudah untuk kami hadapi semua ini dan tempoh tiga bulan pertama amat menc4bar buat saya dan keluarga,” katanya.

Menurutnya, walaupun anaknya itu dalam keadaan sakiit, pergerakannya tetap aktif selain berpaling dan memberi tindak balas setiap kali namanya dipanggil.

Katanya, selagi boleh berikhtiar, mereka akan cuba lakukan yang terbaik walaupun doktor ada memberitahu keputusan CTScan mendapati ada sel kans3r baharu mer3bak ke otak.

“Selain itu, doktor memberitahu kans3r pada mulutnya itu tidak boleh dibuang.

“Kami kini mencuba perubatan alternatif dengan menggunakan ubat memerlukan perbelanjaan tinggi selain kos peralatan menukar tiub pada leher dan minum susu.

“Untuk bekalan ubatnya selama tiga hari, saya memerlukan kira-kira RM1,000 dan baru-baru ini pernah terputvs bekalan selama dua minggu kerana kekangan kewangan.

“Kos kelengkapan menukar tiub pada Ieher dan susu pula memerlukan kira-kira RM1,500 sebulan dan saya cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik anak dan kami ketika ini menjual bertih jagung ‘Pop Corn Ainul Mardhiah’ untuk mendapatkan pendapatan sampingan,” katanya.

Sumber : Harianmetro via CelotehSaje

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here