Walaupun Ada Halangan, 7 Pasangan Bollywood Ini Tetap Meneruskan Pernikahan Mereka Biarpun Berbeza Agama

289

 

Memilih pasangan hidup dengan pasangan berbeza agama tentu bukan hal yang mudah dilakukan. Namun demi cinta, semua perbezaan boleh dibuang dan hidup bahagia dalam pernikahan.

Ketujuh-tujuh pasangan artis Bollywood ini contohnya tidak menjadikan perbezaan agama dan budaya untuk membina mahligai rumah tangga yang indah.

Bahkan, ada diantara mereka yang sudah berenikah selama puluhan tahun dengan pasangan yang berbeza agama, tapi tidak membuat cinta mereka luntur.

Dipetik  dari laman Bollywood Shaadis, berikut ini adalah 7 artis India yang bernenikah dengan pasangan beza agama.

Hrithik Roshan & Sussane

Hrithik Roshan yang beragama Hindu menikahi Sussane yang menganut agama Islam pada tahun 2000. Walaubagaimanapun mereka bercerai 14 tahun kemudian pada tahun 2014.

Meskipun telah berpisah, kedua-duanya tetap  membesarkan kedua anak lelaki mereka dengan baik.

Sunil Shetty & Mana Qadri

Musuh Shahrukh Khan di filem Main Hoon Na ini menganut agama Hindu. Namun dia bernikah dengan Mana yang merupakan seorang muslim. Pasangan ini ditemukan saat Mana berusia 17 tahun. Setelah menjalani hubungan selama 9 tahun, pasangan ini bernikah pada tahun 1991.

Sanjay Dutt & Dinawaz Sheikh

Bagi anda peminat filem India dulu-dulu, tentu tak asing dengan aktor yang dulu sering bermain filem aksi ini. Dilnawaz dan Sanjay bertemu tahun 2006. Tidak hanya perbezaan agama, perbezaan usia hingga 19 tahun tidak menghalangi keinginan mereka untuk menyatukan cinta dengan bernikah.

Saif Ali Khan & Kareena Kapoor

Kareena Kapoor yang beragama Hindu bernikah dengan Saif Ali Khan yang seorang muslim. Meski banyak yang mengira Kareena akan pindah agama, namun ia tetap memegang teguh keyakinannya.

Shahrukh Khan & Gauri Chibber

Shahrukh Khan yang merupakan seorang muslim harus berjuang keras meyakinkan keluarga Gauri yang beragama Hindu Brahmin agar boleh memberikan restu. Pasangan ini bernikah pada tahun 1991 dan pernikahannya masih kekal sampai sekarang.

Aamir Khan & Kiran Rao

Aamir Khan yang beragama Islam jatuh cinta kepada Kiran Rao, seorang Hindu Brahmin dari daerah Bangalore. Mereka bernikah pada tahun 2005 dan menyambut kehadiran anak mereka, Azad 6 tahun kemudian melalui rahim ibu pengganti.

Preity Zinta dan Gene Goodenough

Preity Zinta baru  bernikah dengan pasangan beza agama Gene Goodenogh. Wanita cantik berjaya menagih air mata penonton menerusi lakonannya di filem Dil Hai Tumhara ini bernikah dengan seorang lelaki warganegara Amerika. Tidak hanya beza agama, pasangan ini juga memiliki perbezaan budaya dan Bahasa.

Namun semua itu tak menghalang cinta mereka untuk menyatu dalam ikatan pernikahan.

Dan ini pula tentang kes 5 artis Bollywood yang kantoi cu rang ini sungguh menggemparkan, lebih-lebih lagi bila si isteri sanggup memaafi si suami dan menerimanya kembali!

Cu rang dalam perkahwinan

Isteri mana yang tak kecewa dan patah hati apabila mengetahui suami tercinta telah berlaku cu rang di belakangnya?

Lebih-lebih lagi jika suami itu sebenarnya adalah artis popular.

Memang tak senang duduklah si isteri memikirkan entah berapa banyak lagi kes curang yang si suami tak “kant0ikan”, kan?

Kehidupan rumah tangga seorang artis bukan sentiasa indah. Lebih-lebih lagi kalau si suami sering tergoda dan digoda oleh wanita lain.

Tapi perkongsian kami kali ini lain sedikit kisahnya. Ia mengenai kes artis terkenal Bollywood yang kantoi cu rang, namun dimaafkan oleh isteri tercinta.

Apapun, semua insan melakukan kesilapan, kan?

Jadi jom semak siapakah 5 artis Bollywood terkenal yang kantoi curang dan dimaafkan oleh isteri demi kebahagiaan rumah tangga mereka.

1. Akshay Kumar

Akshay Kumar memang terkenal dalam industri perfileman sebagai seorang playboy.

Namun, selepas berkahwin dengan artis Twinkle Khanna, beliau berubah menjadi suami yang penyayang dan setia.

Akan tetapi, nampaknya pelakon filem Dhadkan ini tak mampu menahan godaan dari artis Priyanka Chopra.

Selepas berlaku cu rang dan terkantoi, Twinkle Khanna sanggup memaafkan Askhay, dengan syarat beliau berhenti menghubungi Priyanka Chopra.

 

 

2. Ajay Devgan

Kajol dan Ajay Devgan adalah pasangan secocok yang selalu diangkat sebagai “ikon” di kalangan masyarakat India.

Namun, Ajay juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Ketika penggambaran filem terbarunya, beliau telah tertawan dengan kecantikan artis Kangana Ranaut.

Selepas perbuatan itu terkantoi, Kajol berkeras mahu Ajay mengakhiri perhubungan rahsia itu.

Ajay yang amat menyayangi Kajol menurut kata isterinya dan nekad ingin kembali menjadi suami dan ayah yang terbaik buat anak-anak mereka.

 

3. Shah Rukh Khan

Walaupun sukar nak dipercayai, tapi hero dan raja Bollywood ini juga tidak terlepas daripada dosa berlaku cu rang.

Shah Rukh Khan dikatakan memiliki affair dengan pasangannya dalam filem Don, iaitu Priyanka Chopra.

Dalam sebuah tv show di Amerika, Priyanka Chopra telah dijemput sebagai tetamu undangan. Dia ditanya tentang benda milik kekasihnya yang dia simpan.

Priyanka kemudiannya menunjukkan sebuah jaket kulit berwarna coklat.

Jaket itu sebiji macam yang selalu dipakai oleh Shah Rukh Khan ketika muncul di publik!

4. Govinda

Buat penggemar filem Hindustan tahun 90-an, anda pasti tidak asing dengan pelakon aksi ini, Govinda.

Semasa beliau terkenal, Govinda sering dipasangkan dengan artis Rani Mukherjee. Mereka sungguh rapat dan dek chemistry antara mereka berdua, banyak filem mereka berjaya di pawagam.

Tapi rupa-rupanya, aksi rapat mereka itu dibawa ke luar layar. Namun selepas hubungan cu rangnya bersama Rani terkantoi, Govinda kembali ke pangkuan kekasihnya, Sunita.

Nasiblah Sunita menerima Govinda balik!

 

 

5. Amitabh Bachchan

Siapa yang tidak kenal dengan pasangan sweet Amitabh dan Jaya Bachchan?

Mereka berdua selalu berlakon sebagai suami isteri dalam pelbagai filem, antaranya filem Kabhi Khushi Kabhi Gham.

Namun, kemanisan rumah tangga mereka juga pernah diuji.

Sebelum bernikah dengan Jaya, Amitabh mempunyai hubungan dengan artis cantik Rekha.

Malah selepas mereka berkahwin pun, Amitabh Bachchan masih menghubungi Rekha!

Kisah cinta tiga segi ini sempat dijadikan filem, yang bertajuk Silsila. Yang lebih ironik, mereka bertiga juga berlakon dalam filem itu!

Tapi akhirnya, kekuatan cinta Jaya mampu memenangi hati Amitabh Bachchan.

Bekerjaya sebagai seorang pelakon, si suami pasti akan dikelilingi oleh pelbagai wanita cantik.

Sebab itu kadang-kala mereka terlupa tentang status mereka sebagai seorang suami. Nasib baiklah si isteri sanggup memaafkan suami ini dan menerimanya kembali.

Apapun, tiada insan yang sempurna, kan? Termasuklah para artis.

Tapi saya yakin, bukan mudah untuk memaafkan suami yang telah berlaku curang. Jika isteri itu memaafkannya suaminya, hargailah dia.

Dia sanggup mengorbankan rasa hati sendiri demi memberi peluang pada rumah tangga kalian.

Jangan dilakukan lagi kesalahan yang sama.

Sumber: theasiaparent. TQ

Sumber: hangat / menujukebenaran.com

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here