“Dulu Patut Saya Main Dengan Manchester United Tapi Sayang Mak Tak Nak Jual Saya” – Rosyam Nor

352

Demam bola sepak Piala Dunia bukan saja diminati ramai peminat sukan itu dari seluruh dunia tetapi golongan selebriti termasuk pelakon popular, Datuk Rosyam Nor mempunyai koleksi menarik kejohanan antarabangsa tersebut.

Beliau memberitahu peminatnya menerusi Instagramnya, mempunyai pelbagai jenis bola sepak yang dijadikan koleksi peribadi.

Menariknya, Rosyam menyimpan bola sepak yang dijadikan ‘match ball’ sejak kejohanan Piala Dunia pada tahun 2006 diikuti tiga lagi penganjuran selepas itu.

Ujarnya, dia mula menyimpan bola sepak Piala Dunia pada tahun 2006 diikuti tahun 2010, 2014 dan tahun ini.

“Jika ada umur panjang saya collect lagi,” katanya.

VIDEO:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Koleksi Aku sebab minat bolasepak. Sepatutnya aku tak jadi pelakon,tapi nak buat camna #worldcup #world @

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam) on

Beliau yang segak memakai baju kurta warna putih dan songkok turut menunjukkan koleksi bola sepak lain yang dijaga rapi dan disusun di atas rak almari di pejabatnya.

Rosyam sempat berseloroh dengan peminatnya, dia pernah mempunyai impian mahu bermain dengan pasukan kelab Inggeris terkemuka, Manchester United (Man U).

“Dulu sepatutnya saya main dengan Manchester United tapi sayang mak tak nak jual saya,” katanya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @iamrosyam / Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here