“Gambar 7 & 8 Tu Special Sikit La Sebab Saya Dapat Potong YB Syed Saddiq…” – Wah! Dato’ Sri Siti Nurhaliza Habiskan Kayuhan 72KM!

167

Wow! Penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza masuk RHB Langkawi Ride 2019 untuk kategori Wanita 72 kilometer.

Menurut Siti, walaupun jarang mengadakan latihan sehingga 100 kilometer, tapi dengan semangat yang kuat dan saling sokong menyokong, beliau berjaya menghabiskannya.

“Alhamdullillah. Medal ni untuk anak ibu tau. Banyak kenangan nak mendapatkan & menghabiskan kayuhan 72km ni anak ibu oiii.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

PUASHATI!! #teamctdk #72km #31330

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

“Mula2 ibu nak masuk 25km saja , yelah .. fun ride la kann.. Lepastu 1 team kata alang2 dah sampai Langkawi jom kayuh sampai 72km..Whattttt!!! Dah la tak pernah lebih 50km.. berangan nak 72km,” tulis Siti di satu entri di Instagramnya.

Menurut Siti berbekalkan semangat serta bantuan jurulatihnya, beliau mencekalkan hati.

“Yang best sekali pagi tadi sebelum berlepas saya dah ‘jatuh bodo’ luka la lutut. Macam mana la boleh jatuh padahal dah berhati2 sangat. Takpe tebalkan muka semangat punya pasal (sakit tauuu).

“Berlepas je hati dah dup dap dup dap, takut jatuh lagi, tapi Alhamdullillah , Allah pelihara sepanjang jalan. Terima kasih sahabat saya @aiza_mokhtar yang bagi semangat suruh masuk 72km & habiskan,” tulis Siti lagi.

“Sambil kayuh sambil istigfar, sambil bising bila nak habis ni. Yang sebenarnya ibu kayuh sambil pikir Aafiyah kat bilik nak susu, Aafiyah nak susu.

“Hahaha. Itu buat ibu kayuh lagi laju tau Aafiyah.. Sekianla coretan ibu aafiyah ni. Akhirnya berjaya tamatkan juga 72km dengan masa 3 jam 13 minit 30saat di tangga 22 dari seribu lebih penyertaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdullillah.. Medal ni untuk anak ibu tau.. Banyak kenangan nak mendapatkan & menghabiskan kayuhan 72km ni anak ibu oiii.. Mula2 ibu nak masuk 25km saja , yelah .. fun ride la kann.. Lepastu 1 team kata alang2 dah sampai Langkawi jom kayuh sampai 72km..Whattttt!!! Dah la tak pernah lebih 50km.. berangan nak 72km.. Berbekalkan semangat (redha je la) & bantuan trainer saya #faizboh @faizsyarifuddin (geng @anuarmanan86 ) saya kuatkan semangat .. Yang best sekali pagi tadi sebelum berlepas saya dah ‘jatuh bodo’ 🤦‍♀️.. luka la lutut.. camana la boleh jatuh padahal dah berhati2 sangat … takpee tebalkan muka semangat punya pasal ( sakit tauuu😔) Berlepas je hati dah dup dap dup dap .. takut jatuh lagi , tapi Alhamdullillah , Allah pelihara sepanjang jalan .. Terima kasih sahabat saya @aiza_mokhtar yang bagi semangat suruh masuk 72km & habiskan .. (hebat mummy Aiza ni) .. Sambil kayuh sambil istigfar, sambil bising bila nak habis nieeee😅😅.. hahahah… Yang sebenarnya ibu kayuh sambil pikir aafiyah kat bilik nak susu .. aafiyah nak susu .. hahaha.. itu buat ibu kayuh lagi laju tau aafiyah.. Sekianla coretan ibu aafiyah ni.. Akhirnya berjaya tamatkan juga 72km dengan masa 3 jam 13 minit 30saat di tangga 22 dari seribu lebih penyertaan…. Not bad uhh!! 💪💪💪Syabas Siti Syabas .. sekarang.. persoalannya mana kaki ibu nie!! mana?? kaki dah tak rasa nak oiii… #rhblangkawiride2019 #jomcarikakiibuaafiyah

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

“Not bad uhh!! Syabas Siti Syabas. Sekarang persoalannya mana kaki ibu nie!! mana?? kaki dah tak rasa nak oiii!” seloroh Siti.

Dalam satu lagi entri, Dato’ Siti Nurhaliza berbangga dapat memotong YB Syed Saddiq yang turut serta dalam kayuhan tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Inilah sebahagian #teamCTDK yang terlibat untuk #rhblangkawiride2019 .. kami bukanla selalu training sampai 100 km ke atas( kecuali trainer kami ), tapi kami semua kuat semangat & saling sokong menyokong 👍💪🏻💪🏻💪🏻 Alhamdullillah, kenangan yang tak dapat di lupakan .. gambar 7&8 tu special skit la sbb saya dapat potong YB @syedsaddiq ( sorry ye ,eksyen skit 😝) Gambar Dk tak de masa kayuh sebab dah pecut laju kat depan dengan @anuarmanan86 ..Dk tinggalkan asap je kat saya 🤨… walau macamanapun..Lepas ni semua makin semangat nak kayuh jauh lagi .. Haiii!! Hilang lagila kaki ku ini 🤦🏻‍♀️💪🏻😅 @aiza_mokhtar @anuarmanan86 @faizsyarifuddin

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

“Alhamdullillah, kenangan yang tak dapat di lupakan. Gambar 7 & 8 tu special skit la sebab saya dapat potong YB @syedsaddiq (sorry ye,eksyen skit),” gurau Siti dalam caption yang ditulisnya.

Kredit Gambar: Instagram via Gempak

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here