5 Selebriti Yang Kekal Bahagia Selepas Perkahwinan Kedua Mungkin Ada Yang Tak Perasan

256

Bila bercakap mengenai perkahwinan, semestinya semua mengimpikan perkahwinan yang indah dan bahagia. Kalau boleh Till jannah.

Namun, tak siapa mahu rumahtangga yang dibina dengan berpaksikan cinta akhirnya hancur sekelip mata dek kerana pelbagai punca. Akan tetapi, kegagalan dalam perkahwinan pertama kali bukan titik noktah untuk merasai kebahagiaan pada perkahwinan kedua.

Ini 5 selebriti yang bahagia selepas perkahwinan kedua mungkin ada yang tak perasan :

1) Norman Hakim & Memey Suhaiza

2) Aidil Safuan & Zarema Zainal

3) Yusri & Lisa Surihani

4) Izreen Azminda & Ude

6) Sherry Merlis & Ash

 

Sumber : says.com & my.theasianparent.com

Artikel berkaitan..

Norman Hakim, Abby Abadi Bersanding Lagi

Dari kiri; Norman bersama isterinya, Memey dan Abby Abadi dengan suaminya, Jaiezzany yang memilih untuk bersanding semula. FOTO: Ihsan sweetpictures_kl

SHAH ALAM: Mungkin jarang-jarang dibuat orang tapi itulah realitinya apabila Norman Hakim dan bekas isterinya, Abby Abadi membuat keputusan untuk bertemu di pentas persandingan bersama pasangan masing-masing.

Persandingan kali kedua ini bagi meraikan ulang tahun keenam perkahwinan Norman dan Memey Suhaiza yang disambut pada Ahad.

Majlis bak perkahwinan pengantin baharu itu benar-benar meriah yang dihadiri kira-kira 600 orang tetamu termasuk rakan rapat pasangan berkenaan di IDCC Convention Centre, Shah Alam.

Abby, 40, yang bertemu jodoh dengan Muhammad Faizal Zakaria, 43, atau Jaiezzany pada 2015 tidak melepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan majlis berkenaan.

Persandingan itu menjadi satu contoh apabila Norman dan Abby yang pernah bermusuh sebelum ini akhirnya berjaya merapatkan semula silaturahim itu seterusnya memberi panduan yang baik kepada masyarakat.

Norman menyuap kek kepada isterinya, Memey Suhaiza. Foto: sweetpictures_kl

Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Norhakim Zaidon, 41, berkata tujuan majlis ini diadakan bagi merealisasikan impian untuk mengumpulkan keluarga besarnya.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk merealisasikan impian kami dapat berkumpul sebagai keluarga besar.

“Biarpun terdahulu hubungan kami pernah melalui fasa kontroversi, namun hubungan persahabatan antara saya, Memey, Abby dan Jaiezzany tetap baik dan dijadikan sebagai inspirasi kepada semua,” kata Norman kepada mStar Online.

Dua pasangan mempelai ini diraikan pada majlis bertemakan Islamik Vintage yang turut disertai anak-anak mereka.

Selain meraikan persandingan kedua-dua pasangan ini, majlis doa selamat diadakan sebagai tanda kesyukuran bersempena khatam Al-Quran anak sulung Norman dengan Abby iaitu Mohamed Danish Hakim, 14, yang bakal melanjutkan pengajian hafazan Quran ke Turki, Oktober depan.

Memey (kiri) dan Abby kini umpama saudara. Foto: sweetpictures_kl

Selain Danish, Norman dan Abby turut dianugerahkan dua lagi anak iaitu Marissa Dania Hakim, 12, dan Maria Danisha Hakim, 9.

Manakala Norman mempunyai dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 4, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 2 hasil perkahwinan dengan Memey, 29.

Persandingan itu juga merupakan sebahagian daripada gimik pelantikan Norman dan Memey sebagai duta syarikat katering acara perkahwinan, Mahligai Impian.

Selain Norman Hakim, pasangan Shuib (Sepahtu) dan Siti Sarah juga pernah bersanding kali kedua sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima pada Februari lalu.

Sumber : mstar

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here