Bagi Mereka Yang Menggangur, NASA menawarkan RM75,000 Kepada Sukarelawan Yang Mampu Berbaring Atas Katil Selama 60 Hari

126

Kita semua tahu pengembaraan di angkasa lepas bukan sahaja menelan belanja yang amat mahal, tetapi juga sungguh berbhaya. Sekiranya manusia dihantar ke planet Marikh, saintis juga perlu memahami kesan kehidupan di angkasa lepas ke atas tubuh badan manusia. Kesan seperti slndrom ‘puffy-head, bird-leg’ akan wujud ekoran angkasawan terdedah kepada keadaan graviti sifar. Perjalanan drah juga tidak akan berjalan dengan lancar pada kaki dan akibatnya, kepala angkasawan akan dipenuhi dengan cecair.

Oleh yang demikian, NASA dengan kerjasama ESA telah menjalankan satu kajian rehat untuk melihat bagaimana tubuh badan dapat disesuaikan dengan berat yang amat ringan.

NASA Analog Missions

Agensi angkasa lepas ini telah mengumumkan bahawa pihak mereka sedang mencari 24 orang sukarelawan yang sanggup menghabiskan masa selama 60 hari dengan hanya berbaring dan membantu para saintis memahami bagaimana pengembaraan angkasa lepas akan memberi kesan yang menjejaskan angkasawan. Setiap peserta yang layak akan dibayar USD18,500 (RM75,500) dan dikehendaki melakukan perjalanan ke Cologne, Jerman.

24 orang sukarelawan akan melakukan perjalanan ke Pusat Aeroangkasa Jerman (DLR) untuk membantu para saintis melakukan kajian dengan hanya berbaring di atas katil selama tempoh 60 hari atau 2 bulan.

ESA

Walau bagaimanapun, sukarelawan perlu memenuhi beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan iaitu mereka perlu berusia antara 24 hingga 55 tahun, sihat tubuh badan dan fasih bertutur dalam Bahasa Jerman.

Penyelidikan akan bermula pada bulan September dan mengambil masa selama 89 hari, di mana sebelum mereka ditempatkan di atas katil, setiap peserta akan didedahkan dengan persekitaran dan penyesuaian diri. Selepas 60 hari kajian rehat dan baring di atas katil selesai, kesemua mereka akan menghabiskan masa selama 14 hari bagi tujuan pemulihan. Prosedur yang sama seperti latihan yang dijalani oleh setiap angkasawan sebenar.

ESA

Semasa tempoh berbaring di atas katil selama 60 hari, setiap peserta dikehendaki melakukan semua perkara dalam keadaan berbaring, termasuk makan dan pergi ke bilik air. Para peserta dibenarkan menonton televisyen, diberikan bahan bacaan serta melakukan aktiviti lain yang bersesuaian. Penganjur menggalakkan peserta mempelajari kemahiran baru atau kursus atas talian bagi tujuan ini.

Semasa kajian rehat, para sukarelawan akan berbaring dalam keadaan kaki mereka berada lebih tinggi daripada kepala, demi memastikan pengurangan perjalanan darah pada bahagian kaki. Ini akan mengakibatkan kemerosotan fungsi otot, sama seperti pengalaman yang dialami oleh angkasawan sebenar di angkasa lepas.

ESA

Separuh daripada lawatan akan bertumpu di bahagian pengempar atau ‘centrifuge’ di dalam makmal dari masa ke masa. Pengempar ini akan berfungsi seperti ruang graviti tiruan, yang dilengkapi pelantar putaran simulasi graviti yang akan menolak aliran darah ke arah bawah kaki peserta. Ini akan membantu saintis untuk melihat sama ada simulator ini memberi kesan yang berguna dalam meminimakan kesan berbaring pada satu posisi untuk satu tempoh masa yang panjang.

Semasa kajian dan penyelidikan dijalankan, pengenalan simulator DLR ‘Short-Arm Centrifuge’ yang baru akan digunakan.

NASA Analog Missions

Alat ini akan mengukur dan mengkaji kesan graviti tiruan ke atas tubuh badan manusia. Walau bagaimanapun, bukan angkasawan dan pengembara angkasa lepas sahaja yang akan mendapat manfaat daripada penyelidikan ini, malahan bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan juga. Dengan menggunakan alat pengempar ke atas manusia, kajian ini akan turut membawa pemahaman yang lebih jelas ke atas penyakit osteoporosis, masalah otot dan kardiovaskular.

Sepanjang kajian ini, para peserta akan berada di bawah penelitian para saintis.

NASA Analog Missions

Eksperimentasi rehat di atas katil ini menumpukan pada sasaran kesan mikrograviti ke atas tubuh badan manusia. Apabila seseorang menghabiskan masa yang panjang di angkasa lepas, fungsi otot akan merosot, kepadatan tulang akan berkurangan, dan aliran darah di dalam tubuh badan juga akan mengalami perubahan. Untuk mengatasi kesan sampingan ini, senaman biasa akan dilakukan. Namun begitu, saintis berharap alat graviti tiruan ini boleh membuktikan sebaliknya untuk memberi kesan lebih bermanfaat.

Satu pasukan pakar perubatan, psikoterapi, ahli sains profesional dan pakar pemakanan akan berada di lokasi.

NASA Analog Missions

Pakar pemakanan akan merancang semua hidangan para peserta. Makanan yang disediakan tidak mengandungi sebarang penambah perasa serta pemanis tiruan, dan pada masa yang sama mereka dipastikan untuk diberi kandungan nutrisi yang seimbang setiap hari. Walau bagaimanapun, untuk menambah kandungan gula dalam badan, pemanis mulut akan disediakan tetapi mengikut hari tertentu sahaja.

Ramai yang menyukai idea berbaring sambil berehat di atas katil ini. Namun begitu, ini merupakan satu kajian dan penyelidikan. Ia bukan satu tugas yang mudah kerana setiap peserta perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan mereka akan menjadi bahan ujian.

Sumber : Bored Panda

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here