“Baru Nak Masuk 7 Bulan Dah 70 Kg, Kalau 9 Bulan?” – Izreen Azminda

401

Pelakon, Izreen Azminda berkongsi perkembangan terbaru mengenai kehamilannya.

Menerusi akaun Instagramnya, Izreen memuat naik foto yang menampakkan perubahan bentuk badannya.

Menurut Izreen, berat badannya kini telah mencecah 70 kg selepas kandungannya mencecah usia 7 bulan.

“Tembun jenih tak buleh bawak bincang dah ni… Baru nak masuk 7 bulan dah 70kg… Kalau 9 bulan? 90kg paaaa…” tulisnya bergurau.

 

Terdahulu, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid telah mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.

Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014.

Pelakon itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar, 5

Manakala, Ude pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liana Saleh pada Mac 2013 namun bercerai pada Mac 2018.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri, 4 dan Ariq Murqi, 2 tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Instagram @izreen.azminda via Gempak

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here