“I Remember I Called Him At 3 AM” – Atikah Suhaime Teringat Awi Rafael

282

Pelakon Atikah Suhaime mengimbau memori manis bersama bekas tunangnya, Awi Rafael di saat dia memerlukan seseorang.

Atikah menerusi ruangan Insta Story miliknya berkongsi rasa sebak apabila kereta yang dinaikinya mengalami masalah dan terpaksa berhenti di jalan raya sekitar jam 1.30 pagi tadi.

Menurut Atikah, sebelum ini Awi merupakan individu yang sentiasa menolong dan berada di sisinya ketika dia berada dalam kesusahan.

“When you’re single and you have to deal with stupld shlt alone. And worse no one is there to help.

“I remember I called him at 3 am when stupid shit like this happens and he’ll just appear magically and save me.

“Now I am learning to deal with my shlt alone,” tulisnya.

Bagaimanapun kata Atikah, dia harus kuat mengharungi dugaan yang diberikan kepadanya.

“I want to cry so bad but I’m supposed to be strong,” luahnya.

Terdahulu, Atikah dan Awi mengikat tali pertunangan pada 17 Mac tahun lalu.

Namun hasrat untuk mendirikan rumah tangga tidak tercapai apabila Awi mengumumkan pembatalan perkahwinan mereka tiga hari sebelum tarikh berkahwin yang dipilih pada 17 Mac tahun ini.

Foto: @therealatikahsuhaime via Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here