Rekaan sinki terlalu aneh, Kim Kardashian terpaksa buat tutorial

262

Rekaan sinki bilik air luar biasa Kim Kardashian telah menimbulkan kekeliruan pengikutnya.

SELEBRITI Kim Kardashian terpaksa membuat video tutorial gara-gara menggunakan pelbagai perabot dan peralatan unik untuk kediaman mewah terbaharunya.

Menurut laporan Dailymail.co.uk pelbagai persoalan ditimbulkan pengikut selebriti itu gara-gara rekaan luar biasa sinki bilik air tanpa besen milik isteri kepada penyanyi rap Kanye West itu.

Berikutan itu, Kim menerusi Insta story laman Instagramnya pada Khamis merakam video tutorial, menerangkan bagaimana sinki itu mampu berfungsi seperti sinki normal lain.

Menurut Kim, meskipun ia tidak mempunyai besen, rekaan sinki itu sebenarnya landai membuatkan air tidak akan terpercik malah mempunyai lubang untuk saluran ke longkang.

Rekaan minimalis dan luar biasa sinki ini menimbulkan kekeliruan pengikut Instagram Kim Kardashian.

Fungsi sinki bilik air itu mengelirukan ramai peminat selepas bintang realiti tv berkenaan mempamerkan rumahnya menerusi Vogue 73 Questions minggu lalu yang turut menampilkan sinki bilik mandi moden yang tidak mempunyai saluran air.

Dalam perkembangan lain, pasangan sensasi ini bakal menerima kehadiran anak keempat mereka yang menggunakan khidmat ibu tumpang Mei ini.

VIDEO:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

bathroom tour!

A post shared by Kim Kardashian Snapchat 🍑 (@kimkardashiansnap) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Instagram kimkardashian via mstar

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here