[VIDEO] Moyang main ‘beyblade’ cuit hati netizen

310

Tidak dinafikan penangan permainan ‘beyblade’ mendapat sambutan hangat di Malaysia.

Bukan setakat kanak-kanak sahaja, golongan bapa pun dah terlibat sama bermain ‘beyblade’.

Lebih meriah lagi, siap ada kejohanan tau dianjurkan dan sambutan yang diterima sangat menggalakan.

Baru saja dimuat naik dalam Facebook memaparkan seorang wanita warga emas turut terpengaruh dengan permainan ini.

Ini semua gara-gara cicit kesayangannya dipanggil Nazmi.

“Nazmi ni dalam senyap dia ajar moyang dia.

“Sedar-sedar duduk dapur tengah berlawan dengan cicit.

“Moyang sayang cicit. Sanggup belajar sampai boleh.

“Jangan main-main handal main beyblade ni.

“Belum dengar dia kata “udahhh tumpooo” lagi ngekek,”tulis pemilik akaun Facebook bernama Zilla Nazilla.

VIDEO:

Sumber: MHE TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here