‘Kalau Nak Menipu Call Pun, Jangan Sampai Phone Terbalik’ – Netizen Gelak Tengok Cinta Non Grata

373

Drama slot Lestary Cinta Non Grata  ditayangkan setiap Rabu hingga Jumaat jam 9 malam di TV3. Drama ini menggandingkan Amelia Henderson dan Raja Afiq sebagai teraju utama mengisahkan seorang gadis yang terpaksa dikahwinkan dengan lelaki berusia untuk menyelamatkan syarikat keluarga.

Satu babak yang disiarkan pada Khamis lalu membuatkan penonton terhibur dengan kesilapan heroinnya memegang telefon!

Jawab telefon terbalik

Dalam video pendek berdurasi 6 saat itu, Amelia dilihat memegang telefon pintar jenama iPhone dalam keadaan terbalik namun tetap membuat panggilan seperti biasa. Jelas kelihatan adalah kedudukan kamera yang berada di penjuru bawah manakala port pengecas terletak di atas semasa dipegang aktres itu.

Babak berkenaan menjadi bahan gelak netizen yang geli hati dan mendapat lebih 10 ribu perkongsian di laman sosial Twitter sejak Khamis.

Mungkin Amelia penat sangat

Masalah bila tak ada butang

Kalau ya pun nak menipu…

Saja tutup lambang jenama

Sumber: Ainacua / Ohbulan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here