Wow! Agaknya Berapa Hantaran Untuk Adik Farhatul Ini? Bukan Setakat Pandai Mengaji, Nyanyi Lagu Arab Pun Sangat Merdu

376

Mungkin tidak ramai yang mengenali adik Nor Farhatul Fairuzah Panut sebelum ini, namun selepas nama beliau dinobatkan johan Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa bagi Kategori Tilawah (Wanita), nama beliau tiba-tiba menjadi sebutan ramai.

Ini kerana adik Farhatul tidak hanya berkebolehan dalam mengalunkan ayat suci al-quran, tetapi ramai yang kagum dengan kejayaan beliau mengharumkan nama Malaysia ketika usia baru 19 tahun.

Bukan sekadar itu, adik Farhatul juga rupanya mempunyai suara yang sangat merdu terutama ketika menyanyikan lagu-lagu Arab. Video di bawah adalah klip nyanyian lagu Arab oleh Farhatul dan kakaknya.

Selain mempunyai suara yang lunak, ada juga di kalangan warganet memuji ‘tone’ suara beliau yang dikatakan cukup tinggi terutama ketika beliau mengalunkan ayat suci al-quran sewaktu memenangi pertandingan tilawah malam tadi.

“ Saya mengamalkan membaca al-Quran selama 15 minit selepas solat, waktu paling sesuai selepas sembahyang subuh untuk ‘memecahkan suara’, kata Farhatul

“ Saya juga tidak mengambil minuman berais untuk menjaga suara,” katanya lagi.

Sementara itu, menerusi perkongsian adik Farhatul di Facebook juga dimuat naik video di mana beliau bertarannum membaca ayat suci Al Quran tidak kira di mana beliau berada.

Rata-rata sahabat dan warganet memuji kebolehan serta kelunakan suara Farhatul bertarum sambil bersahaja menganyam ketupat.

” Orangnya makin cantik, suaranya makin mantop… pandai juga menganyam ketupat, mesti sedap ketupat anak dara Farhatul ni..”

” Saya pun nak belajar tarannum sambil menganyam ni..seronok belajar sesuatu yg baru..”

Alhamdulillah, syukur Allah kurniakn sesuatu yg hbt….ajarkn kpd generasi baru seni suara alquran tu..”

Terdahulu, Nor Farhatul Fairuzah Panut yang menjuarai Kategori Tilawah (Wanita) pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-61, malam tadi, mahu membawa ibu menunaikan umrah menggunakan wang kemenangannya.

Nor Farhatul Fairuzah, 19, yang memperoleh 87.05 peratus markah menerima hadiah kepingan emas bernilai RM70,000, wang tunai RM40,000 dan piala iringan.

Pelajar Tingkatan Enam dalam bidang syariah di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, Negeri Sembilan itu berkata, ibunya, Jaliah Simin, 63, pernah menyatakan keinginan menunaikan umrah, justeru beliau mahu merealisasikan hasrat berkenaan sebagai tanda terima kasih atas segala pengorbanan orang tua.

“ Ibu pernah menunaikan umrah tetapi kali ini, saya mahu membawanya menggunakan wang kemenangan malam ini (tadi). Beliau adalah insan banyak menyokong selain arwah ayah, Panut Markom yang mennggal dunia pada 2017.

“ Selain itu, saya mahu menyimpan hadiah kemenangan untuk kegunaan melanjutkan pengajian pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang MTHQA61 disempurnakan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, malam tadi.

Yang turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Bagi menghadapi pertandingan itu, Nor Farhatul Fairuzah yang juga anak bongsu daripada lima beradik berkata, beliau banyak melakukan latihan, terutama selepas setiap solat fardu.

Seramai 74 peserta dari 41 negara mengambil bahagian dalam MTHQA61, termasuk tujuh negara yang kali pertama menghantar wakil, iaitu Azerbaijan, Montenegro, Sweden, Norway, Austria, Kenya dan Ivory Coast.

MTHQA61 yang bertemakan ‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’ membabitkan 14 ahli jemaah hakim dari pelbagai negara, termasuk Malaysia, Arab Saudi, Mesir, Jordan, Indonesia, Singapura dan Brunei.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : bharian via rimbabara.com

Kredit : FB Farhatul Fairuzah

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here