PU Azman Bertunang? Buat Netizen Tak Senang Duduk.

537

Kadang-kadang gurauan ni boleh menceriakan hidup dan hati pun gembira. 

Tapi gurauan penceramah bebas, Pencetus Ummah (PU) Azman membuatkan ramai pula yang tak senang duduk. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Yang belakang bersampin tu dok perati je perangai korang berdua ni. @puman_official @jelitasara #pumankatalog

A post shared by pu azman (@pu_azman) on

Ingatkan PU Azman sudah bertunang, rupa-rupanya majlis yang diadakan ialah untuk anak saudaranya. 

Melalui entri yang dimuat naik pakar motivasi ini dalam Instagram miliknya, Azman berkongsi gambar dia bersama anak saudaranya yang dipanggil Kak Ngah. 

Foto yang dimuat naik PU Azman menerusi kemas kini di Instagram miliknya membuatkan pengikut-pengikutnya ‘cemas’ dengan berita pertunangan yang dikongsikan.

“Alhamdulillah. Selesai sudah majlis pertunangan. Dah lama kami menanti. Doakan dipermudahkan semua. Maaf kalau netizen tak selesa kami duk rapat. 

“Doakan pertunangan anak buah saya kekal sampai ke jinjang pelamin. Tahniah Kak Ngah. Paksu doakan Kak Ngah sentiasa bahagia bersama pasangan,” tulis Azman. 

Anak buah dah bertunang, PU Azman bila pula? – MHE TV

Bobo Di Mana versi PU Azman beri keinsafan

Sebelum ini PU Azman turut mendapat perhatian apabila tampil menyanyikan lagu Bobo Di Mana dalam versi dan liriknya sendiri.

PU Azman menerusi akaun Instagram (IG) miliknya memuat naik rakaman video menyanyikan lagu tersebut yang diberi nama ‘Bobo Di Mana Versi Muhasabah’ .

Menerusi lirik yang diubahnya ia mengingatkan umat Islam tentang ibadah solat.

Rata-rata pengikutnya suka dengan lagu tersebut kerana versi yang diubah seperti lagu nasyid itu memberi keinsafan.

Aliff Syukri juga tampil memberi komen ke atas video nyanyian tersebut.

“Terbaik ustaz,” tulisnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MHE TV

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here