[VIDEO] “It’s a Girl,”- Teka-Teki Terjawab, Tya Ariffin Umum Jantina Kandungan

253

Teka-teki sudah terjawab! Akhirnya, usahawan Tya Ariffin telah mendedahkan jantina kandungannya. Jawapannya ialah ‘It’s a Girl’.

Berita gembira itu dikongsikan Tya yang juga menantu kepada penyanyi tersohor negara DS Siti Nurhaliza di Instagramnya.

“Alhamdulillah. 

Video ini Tya buat dalam bulan December tahun lalu. 

Terimakasih Ya Allah atas rezekimu. 

It’s a Girl. 

“Yang Tya harapkan adalah semoga baby dan Tya sehat wal’afiat, mohon doa dari semua, memandang beberapa minggu lagi Tya akan bersalin, semoga semuanya berjalan lancar. 

Terimakasih semua ,” tulisnya. 

Video tersebut memaparkan reaksi mereka sekeluarga berteka-teki jantina kandungan Tya.

Malah, Tya membuat kejutan dengan cara meletakkan cebisan kertas di bahagian meja dan meminta setiap ahli keluarga membukanya.

Lantas, perkara itu membuatkan mereka sekelurga teruja dan gembira.

Untuk rekod, Tya dan suaminya, Asyraf mendirikan rumah tangga pada November 2015 dan dikurniakan anak lelaki, Arif Jiwa, 2 tahun.

Sumber : Instagram Tya via MH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here