“Saya Dah Rancang Macam-Macam Untuk Persembahan Kami” – Syamel & Ernie Zakri Terkilan

411

Penyanyi Syamel dan Ernie Zakri mengakui terkilan apabila persembahan mereka bersempena minggu setiausaha yang sepatutnya berlangsung esok terpaksa dibatalkan.

Menurut Syamel, mereka terima keputusan yang dilakukan oleh pihak pengurusan dan penganjur dengan hati terbuka walaupun telah merangka pelbagai bentuk persembahan.

“Ini merupakan kali pertama saya mendapat tawaran menjayakan minggu setiausaha yang besar begini, namun ia terpaksa dibatalkan diatas sebab-sebab tertentu.

“Secara peribadi saya dan Ernie memang terkilan kerana saya dah rancang macam-macam untuk persembahan kami itu, tapi mungkin bukan rezeki kami untuk adakan persembahan.

“Sebagai penyanyi kami hanya mengikut apa yang dikatakan oleh pihak pengurusan dan kami tidak tahu sebab persembahan ini dibatalkan.

“Rasanya lebih baik biarlah pihak pengurusan yang maklumkan kelak kepada umum,” katanya kepada Gempak.

Syamel dan Ernie Zakri berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Rocketfuel Entertainment, di The Bee, Publika, Kuala Lumpur pada Isnin.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here