“Lebih Kurang 10 Minit Sebelum Perut Aku Tenganga,” – Beri Dedikasi Buat Doktor, Syatilla Impi Bersalin Balik 4 Tahun Lagi!

247

Syatilla Melvin yang baru sahaja melahirkan anak keduanya hampir seminggu lalu ada berkongsi sekeping foto bersama dua doktor yang bertanggungjawab menguruskan prosedur kelahirannya kali ini.

Entri yang dikongsi beberapa jam lalu menerusi Instagram itu turut memaklumkan, mereka jugalah menjadi individu penting di sebalik proses kelahiran anak pertamanya, Syeriv.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Puaih hati laa bapak dpt bebigel kali ni🙄♥️ #bapaksuperman

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on

“Gambar lebih kurang 10min sebelum perut aku tenganga😁Inilah 2org doc kesayangan😍dr.fauziah yg bertanggungjwab belah perut aku bok keluaq anak. Yang di belakang tu dr.aminah pakar bius yg bius tilla tanpa rasa sakit apa pun!cucuk kt tulang belakang kot,klu tak kena gaya mampuih😫dua2 doc yg sama masa tilla beranakkan syeriv.

“Yang nurse2 tu pulak tilla nk cakap thank u so much sebb sudi tgok perut n benda2 lain yg xsepatutnya🤣byk pahala hampa semua,insyaallah amin,” tulisnya.

Pada masa sama, Tilla sempat menulis kapsyen humor mengharapkan dia akan bersalin empat tahun lagi andai diberikan rezeki zuriat.

“Jumpa 4 tahun lagi!! (harap sam baca n like) benda xboleh jangka buat apa kita jangka @kpjampangputeri,” kongsinya.

Terdahulu, Tilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sedar bubu Byk dosa dgn bapak😫alhamdulillah segala urusan allah permudahkan, terlalu mudah♥️

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on

Sumber : Instagram Syatilla Melvin via MH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here