[VIDEO] Fasha Sandha Masak Gulai Lemak Udang Untuk Suami…Terliur Tengok!

441

Baru-baru ini, pelakon cantik, Fasha Sandha telah memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya.

Menerusi rakaman video tersebut, Fasha telah berkongsi ketika menyediakan makan malam dan memasak gulai lemak udang untuk suaminya, Aidil Aziz.

“Have a good dinner kesayanganku. Hari ni masak lomak utagha untuk suami dan makciknya”tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Have a good dinner kesayanganku. Hari ni masak lomak utagha untuk suami dan makciknya ♥️

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Dalam pada itu, Aidil telah memuji masakan isterinya itu yang dikatakan sedap dan menyelerakan.

“Sedap baq hang tq my lovely wife”tulisnya.

Di samping itu, rakaman video tersebut turut mendapat pujian daripada rakan artis dan juga peminat.

Wah! Memang nampak menyelerakan masakan Fasha tu. Mesti sedap!

Netizen ramal badan Aidil akan naik dek penangan air tangan Fasha

Kalau dah namanya air tangan isteri, menu ringkas pun dah cukup buatkan si suami makan bertambah. Begitulah berkatnya masakan golongan isteri kerana dibuat dengan ikhlas dan penuh kasih sayang. 

Pengantin baharu, Aidil Aziz antara yang bertuah apabila tetap berpeluang menikm4t1 masakan isteri tercinta walaupun Fasha Sandha tidak lekang dengan kesibukan di lokasi penggambaran.

VIDEO:

Namun ramai yang maklum akan kehebatan aktres jelita ini beraksi di dapur jadi tidak hairanlah apabila masakan Fasha sering dipuji suami.

Perkongsian Aidil dalam laman Instagram miliknya yang memuji masakan Fasha membuatkan pelakon ini ‘disindir’ rakan-rakannya yang berseloroh bila mana Aidil tidak lagi lepak di kedai makan seperti mana sebelum berkahwin. 

Aidil menjadi bahan usikan rakan-rakan kerana dikatakan tidak lagi lepak di kedai makan.

Bahkan ada juga yang mengatakan diet Aidil mungkin terpaksa dilupakan dek penangan air tangan isteri tercintanya. 

Lebih melucukan ada yang meramalkan badan Aidil akan berisi dan buncit kerana selalu dihidangkan dengan keenakan masakan Fasha. 

Komen-komen nakal ditinggalkan netizen yang mengusik pengantin baharu ini.

“Sedap giler! Terima kasih banyak-banyak isteri, memang terbaik…terasa keikhlasan dan kasih sayang. Love you more,” ungkap Aidil memuji masakan Fasha. 

Hai bertuahnya badan, dikurniakan isteri cantik, rajin dan pandai memasak pula.

Buat golongan suami, hargailah keikhlasan para isteri yang menjaga makan minum anda. Murah rezeki tau kalau puji masakan isteri, pahala pun dapat! – MHE TV

Video : Instagram Fasha Sandha via MH

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here