[FOTO] Keakraban Ibu Gelandangan Yang Menghiburkan Anaknya Buat Ramai Tersentuh Hati Dan Sebak, Kebahagiaan Tak Perlu Wang Ringgit

272

Keakraban ibu gelandangan yang menghiburkan anaknya bukti bahagia milik semua bukan untuk golongan kaya semata-mata. Kebahagiaan tidak mengenal waktu, tempat dan individu. Semua berhak merasai tidak kira golongan miskin atau kaya. Kisah kemesraan seorang ibu dan anak lelaki di kawasan lampu isyarat di Parañaque, Filipina membuktikan kebahagiaan tidak mengenal siapa, malah mampu dimiliki di mana-mana sahaja.

Kisah berkenaan menjadi tul4r pada 9 April lalu, selepas seorang pemuda yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya memuat naik gambar dua beranak itu gurau senda tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Gambar berkenaan menjadi tul4r di laman sos1al dan mendapat lebih 21,000 perkongsian.

Dalam status lelaki berkenaan yang dikenali, Ameniel Del Mundo, memuat naik gambar dua beranak itu dilihat mesra bergurau walaupun dalam keadaan yang tidak terurus tanpa mempedulikan di sekeliling. “Walaupun dihimpit kemiskinan namun kebahagiaan dua beranak itu tetap terserlah tanpa menghiraukan kebisingan di kawasan sekeliling,” tulisnya di laman fcebook miliknya.

“Kita tidak boleh memilih keadaan yang berlaku kepada kita, tetapi kita boleh memilih untuk berbahagia apa jua keadaannya. Itulah sebabnya kebahagiaan selalu menjadi pilihan,” kata lelaki itu dalam catatan Fcebooknya.K emesraan itu mengundangkan rasa sebak dalam kalangan netiizen yang kagum melihat keakraban mereka walaupun dalam keadaan daif dan tidak menyenangkan.

Namun keesokan harinya, selepas gambar itu menjadi tular, Del Mundo kembali ke tempat berkenaan untuk menemui dua beranak berkenaan tetapi tidak dijumpai. “Bagi mereka yang ingin membantu, kami masih mencari dua beranak itu sejak semalam,” tulis Del. Malah dia itu berjanji untuk mengemas kini keadaan dua beranak itu selepas menemui semula keluarga kecil itu.

Sumber: Says, Fly FM, Ameniel Del Mundo/Facebook

Dari kota Singapura, hidup sehelai sepinggang di KL

KUALA LUMPUR: Kira-kira 20 tahun lalu, Paul (bukan nama sebenar) menjalani hidup sangat berbeza di dalam kesibukan bandar raya Singapura. Di sana, Paul yang berasal dari Ipoh, Perak bekerja sebagai penulis iklan, atau copywriter, bagi sebuah agensi pengiklanan, berbekalkan pengalaman lebih 2 dekad.

Paul yang mampu berbahasa Inggeris dengan fasih memberitahu FMT hidupnya berubah selepas perceraiannya. “Saya kehilangan semua selepas perceraian saya. Saya datang ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja dan sejak itu saya berada di sini,” katanya sambil mengambil makanan panas yang diberikan Robin Hood Army Kuala Lumpur, sebuah pertubuhan sukarelawan yang memberi makanan kepada gelandangan dan miskin bandar.

Paul kini berusia lebih 60 tahun, menghabiskan malam di jalanan dengan beberapa gelandangan lain. “Adalah sukar untuk orang seperti kami terutama yang tua untuk mencari pekerjaan. Satu-satunya orang yang akan mengupah kami adalah perniaga kecil dan banyak yang sudah tutup.

“Kebanyakan perniagaan lebih suka mengupah warga asing kerana lebih murah.” Paul, yang turut mengaku boleh berbicara dalam beberapa dialek Cina berkata beliau sentiasa mencari pekerjaan dan bersedia melakukan apa sahaja. Menurutnya, walaupun hidup tidak sempurna, beliau gembira kerana rakyat Malaysia bermurah hati membantu memberi makan kepada gelandangan.

Paul berkata, terdapat beberapa kumpulan berbeza yang datang memberi makan kepada orang miskin setiap minggu, dan ini bermakna mereka menikmati makanan percuma 6 kali seminggu. Beliau bersyukur beberapa gelandangan bersikap baik dan melayan yang lain seperti keluarga sendiri.

“Sesetengah mereka sangat baik. Kadang-kala, apabila mereka mendapat kerja atau memperoleh sedikit wang, mereka akan berkongsi dengan kami dengan membeli makanan, dan apabila saya mendapat kerja dan mendapat wang, saya melakukan perkara yang sama untuk mereka.”

Paul berkata, kebanyakan masa gelandangan tidak diganggu pihak berkvasa. “Kami tidak bermaksud mengganggu sesiapa. Kami hanya mencari perlindungan.”

Sumber : Empire Media Network

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here