“Tak Ada Istilah Anak Tiri Dalam Hidup Saya” – Siti Elizad

461

Pelakon Siti Elizad Sharifuddin menjelaskan tidak pernah wujud jurang hubungan antara dia dan anak-anak tirinya.

Kata Elizad, dia juga mendapat layanan istimewa daripada anak-anak tirinya dan sanggup meluangkan masa bercuti bersama-sama.

“Because i never feel that im like a ‘step mother’. 

“Always treat them like my real kids (Happy family time). Takde istilah anak tiri dalam hidup saya. 

“Kitaorang semua satu geng! I will love u guys with all my heart and I will be your crack mommy forever! Hidup ting tong ferever!” tulisnya.

Elizad turut memuat naik beberapa keping foto bersama anak-anak tirinya yang dipanggil Yaya, Billy, Kaka dan Ratu.

Malah, percutian di Pulau Pinang itu sempena meraikan ulangtahun suaminya, Shamsul Baharin yang ke-47 tidak lama lagi.

Elizad dalam kenyataannya sebelum ini berkata dia melayan kedua-dua anak tirinya yang berusia belasan tahun seperti kawan rapat.

Elizad dan Shamsul telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Islamik Info

Sumber : Gempak via II

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here