Kesan tidur dengan kipas angin dihadapkan ke tubuh badan

450

Tidur dengan kipas angin dihadapkan secara terus ke tubuh badan memang akan membuatkan kita tidur dengan lebih lena.

Tambahan pula ketika cuaca panas, pasti anda akan mengambil kipas angin untuk diletakkan lebih dekat. Sebenarnya, tabiat tersebut tidak bagus dan dapat menyebabkan kesan yang boleh membhayakan kesihatan kita.

Menurut The Sleep Advisor, apabila kipas berpusing pada sekitar dan sekeliling bilik, ia dapat mengakibatkan debu dan habuk bertebaran dalam udara dan boleh menyebabkan ia masuk ke dalam hidung serta sistem pernafasan.

Situasi ini adalah tidak bagus bagi individu yang mengalami alergi, asma atau demam kerana ia akan menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk.

Jika kipas angin anda mengumpul habuk pada bilah kipas, zarah-zarah tersebut terbang melalui udara setiap kali anda menghidupkannya.

Flickr/s2art

Selain itu, apabila terlalu lama menggunakan kipas angin dan dihalakan ke badan anda, ia boleh menyebabkan berlakunya kesan kekurangan air terjadi pada kulit anda sehingga menyebabkan kulit menjadi kering.

Oleh itu, jika anda tidur dengan mata tidak tertutup rapat, ia boleh mengakibatkan mata anda akan kering dan boleh menyebabkan kerngsaan.

Flickr/Twentyfour Students

Tambahan lagi, tidur dengan kipas dihalakan ke tubuh anda juga boleh menjadi kerengsaan sinus, kerana aliran berterusan udara dapat mengeringkan sinus anda.

Sekiranya ia sangat melampau, ia boleh mengakibatkan badan anda menghasilkan lendir yang berlebihan untuk mencuba dan mengimbangi tahap kelembapan. Ia boleh membuatkan hidung anda tersumbat, gangguan pada pernafasan serta sakit kepala.

Angin yang terhasil daripada putaran bilah kipas yang dihadapkan ke wajah akan mengganggu proses pernafasan. Jumlah gas oksigen berkurangan bahkan gas karbon dioksida pula akan meningkat. Kekerapan udara kipas di sekitar mulut dan hidung, dapat meningkatkan risiko sesak nafas.

Cosmopolitan

Sesuatu yang mungkin tidak kelihatan jelas adalah sakit otot. Anda akan bangun dengan otot yang sengal atau sakit, ketika mahu menggerakkan tubuh badan anda.

Ini adalah kerana kipas tertumpu pada bahagian wajah dan menyebabkan keadaan saraf wajah menegang kerana menerima suhu yang sejuk sepanjang malam berbanding bahagian anggota badan yang lain.

Oleh itu, anda dinasihatkan supaya jangan mengamalkan tabiat yang tidak sihat ini. Rujuk kepada doktor dengan segera jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: ladbible via EraBaru

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here