Di Saat Nama Kian Popular, Intan Najuwa Menyepi Secara Tiba-tiba. Rupanya Ini Yang Terjadi Padanya..

1214

LUMRAH kehidupan manusia yang tidak terlepas ujian membuatkan pelakon remaja, Intan Najuwa, 22, akur dengan ketentuan takdirnya.

Malah ketika pembabitan dalam karier lakonan mendapat perhatian ramai, gadis manis ini ‘menyepi’ secara tiba-tiba.

Tidak merajuk atau kecewa, Intan yang melonjak namanya selepas membintangi drama Hantu Punya Bos dan Kekasih Paksa Rela di TV3, terpaksa pulang ke kampung halamannya di Johor.

Walaupun ketika itu populariti sudah mula dimilikinya, demi keluarga dan bapa yang sakit, Intan mengalah untuk ‘menyepi’ seketika.

Bagi Intan, masalah dialami keluarga menjadi keutamaan dan dia perlu melaksanakan tanggungjawab seorang anak.

“Apabila tahu ayah sakit di kampung, saya jadi tidak selesa bekerja di Kuala Lumpur. Sebagai anak, wajar untuk saya menjaga bapa yang tidak sihat dan terlantar sakit.

“Jadi, saya putuskan balik ke kampung seketika walaupun ketika itu saya mendapat banyak tawaran. Untuk saya, keluarga lebih utama.

“Saya juga tidak ralat dengan keputusan itu walaupun sekarang perlu memulakan langkah semula,” katanya yang kini bernaung di bawah syarikat pengurusan bakat Paranormal.

Kembali fokus pada bidang diminatinya, Intan juga kembali solo selepas berpisah dengan kekasihnya lebih setahun lalu.

Katanya, dia kini lebih mudah mengatur langkah untuk karier.

“Saya masih muda dan ada baiknya peluang dimiliki ini ditumpukan sepenuhnya pada usaha memantapkan kerjaya seni. Tak perlu lagi untuk saya mengingati kisah cinta itu kerana hidup perlu diteruskan. Ditambah lagi, persaingan dalam bidang lakonan kini agak sengit.

“Walaupun tidak gentar dengan persaingan, saya harus akur dengan kemunculan ramai bakat baru yang berpotensi besar,” katanya yang baru selesai penggambaran telefilem berjudul Cinta Sesungguhnya bersama Fikry Ibrahim.

Menurut Intan, memandangkan dia masih baru dalam dunia lakonan, dia tidak memilih watak dan sedia mencuba apa saja watak.

‘SAYA BUKAN ORANG KAYA, SAYA BIASA-BIASA SAJA’

Walaupun masih hijau pembabitannya dalam lakonan, Intan didakwa mampu menjalani kehidupan yang agak mewah.

Menerusi foto yang dikongsi di Instagram menyebabkan ada segelintir netizen mendakwa dia bukan gadis sembarangan dan gemar mengamalkan gaya hidup mewah.

Menafikan perkara itu, Intan berkata, kehidupannya tidaklah semewah yang disangka dan dia juga gadis normal dengan kehidupan sederhana.

“Saya tidak tahu bagaimana dakwaan sebegini boleh timbul. Bagi saya, perkongsian di Instagram itu kebanyakannya foto biasa-biasa saja.

“Saya tidaklah menunjukkan kemewahan kerana kehidupan saya memang sederhana. Saya pun bukan orang berada. Apapun yang dikatakan, biarlah. Saya tak mahu ambil peduli sangat. Terpulanglah pada mereka nak anggap apa, saya tak kisah,” katanya.

Intan berkata, banyak perkara lain yang perlu diberikan keutamaan daripada terus memikirkan tanggapan orang terhadap dirinya.

Ditanya mengenai dia yang dikatakan suka membuat gimik untuk mendapatkan perhatian, Intan enggan berfikir mengenainya.

Katanya, dia tahu apa yang dilakukan dan adalah hak masing-masing untuk memberi apa saja tanggapan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Hmetro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here