Que Haidar Puji Kesetiaan Edika Yusof Setia Jaga Isteri

568

Pelakon versatil, Que Haidar lewat malam tadi ada memberikan dedikasinya buat pelakon senior, Edika Yusof yang masih setia bersama isterinya Norhidayah Yusri yang mengalami masalah lumpvh sejak 13 tahun lalu selepas mengalami dem@m panas.

Kongsi Que, meski pelakon lelaki berkenaan diberi izin untuk berkahwin lain, namun dia menolak demi menjaga isteri tersayang.

“Edika Yusof @edikayusofxx seorang pelakon lagenda & model, Isteri beliau lumpvh 13 tahun, beliau diizinkan berkahwin lagi, namun beliau menolak, untuk menjaga isteri beliau.

“Sy doakan abang dan keluarga sentiasa dilimpahkan rezeki2 yg halal dan bahagia hingga keakhirnya.. amin. Untuk jadi lelaki yang baik, kau tak perlu nak jadi ustaz atau PU pun.

“Cukuplah ada common sense.. baik means baik.. baik tidak membawa maksud Ustaz,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang #kitasemuapendosa #akutiadalebihdarimereka #sama2ambilikhtibar.

Foto: Instagram Edika Yusof

“Baik Tidak Membawa Maksud Ustaz,” – Que Haidar Puji Kesetiaan Edika Yusof Setia Jaga Isteri Lumpvh

Wajahnya dulu seringkali muncul dalam bidang peragaan mahupun lakonan. Watak Jeffri yang dilakonkan di dalam filem Maria Mariana arahan Datuk Yusof Haslam tidak dilupakan peminat-peminatnya. Kini, namanya sekali lagi meniti di bibir peminatnya apabila kisahnya yang setia menjaga isterinya yang lumpvh  tular di media sosial.

Ketampanan wajahnya juga membuatkan segelintir peminatnya membuat andaian dia merupakan seorang ‘playboy’. Tetapi, sangkaan mereka meleset sama sekali apabila kisah sebenar pelakon ini didedahkan.

Edika Yusoff dikatakan mengundur diri dari bidang seni selepas isteri tercintanya lumpvh separuh badan selepas melahirkan anak kedua mereka. Kerana kasih dan tanggungjawab Edika lebih banyak menghabiskan masa menjaga isterinya disamping mengusahakan perniagaan seni reka grafik.

Ketika orang lain sudah tewas dengan dugaan dan cabaran di dalam perkahwinan, tetapi dia memilih untuk setia dan berkorban demi cintanya terhadap isteri. Dan ketika lelaki lain mengeluh menjaga si isteri di dalam pantang, Edika lelaki tabah menjaga isterinya yang sakit selama berbelas tahun!

Perkongsiannya ketika ditemubual oleh bersama radio Sinar pada tahun 2017 itu membuatkan netizen sebak dengan kesetiannya. Dua tahun selepas berkahwin, isterinya jatuh sakit dan lumpvh. Isterinya juga tidak boleh bercakap dan dengar. Banyak peristiwa memori yang dia lupa.

“Saya waktu itu tak stabil, keliru dan rasa kenapa ini berlaku pada saya. Membuatkan saya nak berkongsi dengan seseorang, jadi jalan yang saya cari adalah dengan berkongsi dengan Tuhan. Daripada situ saya dapat hidayah dan kekuatan untuk menempuh segala yang berlaku.

“Waktu itu saya memang sudah putus asa tetapi isteri saya bersungguh-sungguh dan tak give up. Daripada situ saya mendapat kekuatan. Malah saya tak anggap dia OKU atau yang lumpvh malah saya anggap dia seperti manusia biasa yang sempurna.”

Edika tidak pernah menganggap dan melayan isterinya seperti seorang yang lumpvh malah melayan isterinya seperti manusia sempurna.

“Kerana itu, isteri kadang-kadang tidak sedar yang dirinya lumpvh kerana saya layan sama rata seperti beri kasih sayang, bercakap, bergaduh dan sebagainya. Jadi, saya create benda ni supaya dia dapat tahu yang dia ni normal.”

Di sebalik dugaan itu, ada yang turut bertanyakan kepadanya kenapa dia tidak memilih untuk berkahwin lain? Tapi katanya kahwin lain bukan selesaikan masalah. Biarpun dia punyai hak untuk memilih berkahwin lagi, tetapi dia enggan berbuat demikian dan memilih jalan untuk mengharungi susah senang bersama dengan isterinya.

“Mungkin isteri kedua akan sakit dan lumpvh. Jadi berapa banyak wheelchair yang perlu saya jaga. Ada yang satu ni pun Alhamdulillah dan ini adalah cabaran yang Tuhan berikan untuk saya dan saya terima dengan hati terbuka.

Isterinya, Nor Hidayah juga pernah memberikan keizinan kepada Edika untuk berkahwin lagi tetapi Edika menolak.

“Isteri juga pernah beritahu, kalau nak kahwin lagi dia benarkan. Tetapi saya sendiri tak mahu. Sebab saya berfikir satu hari nanti kalau dia undur diri, saya pernah cakap saya ambil dia waktu dia boleh berdiri dan berjalan. Jadi kalau saya nak ‘pulangkan‘ kembali pada ibu bapanya, saya mahukan dia dalam keadaan yang sama.

“Daripada situ isteri faham yang saya tiada keinginan untuk berkahwin lain atau menambah lain kerana sudah cukup yang ada ini sudah sempurna di hati saya dan saya suka dengan apa yang saya buat.”

Di akhir temubual itu, Edika Yusuf turut menitipkan pesanan kepada para suami di luar sana agar mengamalkan sikap sama-sama susah dan senang bersama isteri.

“Anggaplah kita ni bila dah berkahwin kita dengan pasangan 50-50, sama susah sama senang. Kita tanggung semuanya bersama. Janganlah bagi beban kepada isteri sahaja sebab kita ni ketua keluarga. Jangan anggap isteri sebagai maid, tetapi anggaplah mereka sebagai soulmate kita. Dan nak buat apa pun buatlah bersama-sama, ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Sinar, Mingguan Wanita

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here