‘Terpaksa Guna Kerusi Roda, Rupanya Dia…’ – Tak Tahan Sebak, Azhan Rani Menangis Jumpa Guru Lama

326

Pelakon, Azhan Rani tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja bertemu dengan gurunya lama, Cikgu Norhayati, 58, di Sekolah Rendah Kebangsaan Satu, Kuala Kubu Baru.

Menurut Azhan Rani, gurunya itu kini menghid4p peny4kit sar4f dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Azhan berkongsi momen sedih itu menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya semalam.

Entri tersebut juga disertakan dengan foto yang merakamkan Azhan sedang menangis di pangkuan gurunya yang duduk di atas kerusi roda.

“Hari ini telemovie #sesekali dari @unitdramatvrtm berlokasi di sekolah lama aku. #sekolahrendahkebangsaansatu #kualakububharu.

“Awal tahun 80 dulu aku kat sini dari kelas 1 putih sampai kelas 6 putih di sini. Aku tak ada scene kat sini. Saja datang nak jenguk sekolah lama.

“Rezeki hari ni kebetulan aku jumpa cikgu muzik aku. Aku sendiri tak sangka dia masih mengajar di sini… #cikgunorhayati 58.

“Sekarang dia ada sakit saraf dan terpaksa guna kerusi roda. Rupanya dia memang tunggu aku. Allahuakbar Allah saja tau perasaan aku bila cikgu ni masih tunggu aku.

“Aku bukanlah student favourite dia dulu. Aku malas, aku nakal masa tu, aku pernah kena ketuk dengan recorder sebab aku tak pandai main recorder dulu.

“Tapi hari ni aku nak ucap terima kasih dengan dia kerana dia aku di sini hari ni. Kalau tak kerana teguran dia cabaran dia aku sendiri tak tau aku jadi apa sekarang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

hari ini telemovie #sesekali dari @unitdramatvrtm berlokasi di sekolah lama aku.. #sekolahrendahkebangsaansatu #kualakububharu.. awal tahun 80 dulu aku kat sini dari kelas 1 putih sampai kelas 6 putih di sini.. aku takde scene kat sini.. saja datang nak jenguk sekolah lama.. rezeki hari ni kebetulan aku jumpa cikgu muzik aku.. aku sendiri tak sangka dia masih mengajar di sini.. #cikgunorhayati 58 . sekarang dia ada sakit saraf dan terpaksa guna kerusi roda. rupanya dia memang tunggu aku.. Allahuakbar Allah saja tau perasaan aku bila cikgu ni masih tunggu aku. aku bukanlah student favourite dia dulu. aku malas, aku nakal masa tu, aku pernah kena ketuk dengan recorder sebab aku tak pandai main recorder dulu.. tapi hari ni aku nak ucap terima kasih dengan dia kerana dia aku di sini hari ni. kalau tak kerana teguran dia cabaran dia aku sendiri tak tau aku jadi apa sekarang. walaupun hari ini katanya aku jadi kebanggaan dia dan sekolah ni.. hakikatnya ilmu aku masih tak lengkap. aku masih lagi si bodoh yang cetek ilmunya.. dan aku masih si degil yang tak akan berputus asa dengan jalanku. cikgu terima kasih atas ilmu dan kasih sayangmu. minggu depan dia nak bersara katanya.. semoga Allah gandakan rahmat atas budi dan jasamu mendidik kami guruku ❤️🙏🙏

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

“Walaupun hari ini katanya aku jadi kebanggaan dia dan sekolah ni. Hakikatnya ilmu aku masih tak lengkap. Aku masih lagi si bod0hh yang cetek ilmunya.

“Dan aku masih si degil yang tak akan berput4s asa dengan jalanku. Cikgu terima kasih atas ilmu dan kasih sayangmu.

“Minggu depan dia nak bersara katanya… Semoga Allah gandakan rahmat atas budi dan jasamu mendidik kami guruku,” tulisnya

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata peminatnya juga meluahkan rasa sebak melihat momen tersebut selain mendoakan kesihatan Cikgu Norhayati.

“Sayu hati… Semoga diberi kesembuhan pada cikgu… Amin,” tulis @shasha_noura_ryan

“@azhan_rani Aduiiiii abang menitik air mata saya tengok pic nie,” komen @nanialulubella

“Lepas tengok post ni hilang segala rasa b3nci pada Hamadi tapi kagum sangat dengan saudara Azhan Rani… Hormat pada guru walau dah ada nama besar dalam industri… Semoga terus berjaya dan berjaya,” coret @nurjihan36

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Instagram @azhan_rani / @OTOKGELIGO

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here