“Shhh Jangan Cakap Orang” – Azharina Tersandung Ketika Persembahan Live!

287

Penyanyi dan juara program Gegar Vaganza musim ketiga, Azharina Azhar berkongsi potongan video dia tersandung ketika membuat persembahan live di sebuah acara baru-baru ini.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya buat tatapan umum.

Di ruangan kapsyen, Azharina sempat berjenaka mengenai kejadian itu dengan melarang pengikut IGnya menyebarkan perkara itu kepada orang lain.

“Shhh jangan cakap orang Nina tersandung ketika live show di Grand Finale Look of Plus Size 2019 anjuran Azhar Zainal Design di Panggung Sari, Kompleks Kraf Kuala Lumpur kemarin.

“Janji ya jangan cakap sesiapa, nasib baik semua okay dan sesuai dengan tajuk lagu I’m Alive,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur melihat kejadian itu.

“Mujur vasss.

“Alaa..you look too cute.

“Vocal masih keluar, ons nya!” tulis netizen.

Azharina mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2001 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini, antara lagu hit yang dipopularkannya adalah Elegi Sepi dan Rawan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:Azharina via ViralKami

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here