“Saya Sudah Solat Istikharah” – Bella Astillah.. Akhirnya Setelah Dua Bulan Tanpa Berita, Ini Tindakan Yang Akan Dibuat Bella Astillah Mengenai Status Dengan Aliff Aziz..

454

PENYANYI Bella Astillah memberitahu dia masih memerlukan masa bagi menyelesaikan kemelut rumah tangganya dengan penyanyi Aliff Aziz.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 25, berkata apa juga tindakan yang ingin diputuskan perlu memikirkan tentang masa depan anak mereka, Mohamad Ayden Adrean.

“Perkara yang terjadi ini memerlukan masa. Saya tak boleh nak fikirkan diri sendiri sahaja sebab kami pun masih mempunyai anak yang masih kecil.

“Saya perlukan masa untuk menentukan ke mana arah rumah tangga kami. Saya tidak mahu anak membesar tanpa kasih sayang seorang ayah kandung.

“Lagipun dalam keturunan keluarga saya, belum ada lagi yang pernah melalui episod bercer4i. Jadi, kalau boleh saya nak kekalkan benda tu,” kata Bella kepada mStar.

Bella ditemui di acara Char-Tea in love with Farah Nabilah @ friends di Dewan Tun Hussien Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Ahad.

Sebelum ini, Bella mendedahkan tentang kecur4ngan suaminya Aliff Aziz yang didakwa mempunyai hubungan dengan pelakon Oktovia Manrose yang berusia 28 tahun pada penghujung Februari lalu.

Ia bukan kali pertama Aliff Aziz bersikap sedemikian kerana sebelum ini dia pernah keluar bersama pelakon Afifah Nasir sehingga menjadi kontroversi.

Bella bersama suaminya, Aliff Aziz dan cahaya mata mereka, Ayden.

Dalam pada itu, Bella tidak mahu terlalu fokus mengenai kemelut rumah tangannya yang dihadapi sejak Februari lalu dan hanya ingin memberi tumpuan kepada perniagaan biskut raya serta kek batik.

Menurut Bella, dia sudah melakukan solat istikharah dan hanya berserah kepada Allah untuk menentukan perjalanan kehidupannya selepas ini.

“Buat masa ini perkara itu bukan keutamaan saya dan tidak mahu fokus mengenai kemelut rumah tangga saya sebab fokus utama saya sekarang hanya pada perniagaan dan anak sahaja.

“Saya dah lakukan solat istikharah dan semuanya saya berserah pada Allah untuk kehidupan saya selepas ini. Orang boleh cakap macam-macam tapi keputusan atas diri saya,” ujarnya.

Ketika ini Bella memberitahu dia masih belum tinggal sebumbung namun kerap berhubung dan berjumpa suaminya.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ayden yang kini berusia dua tahun.

Aliff Aziz Padam Foto Isteri di Instagram, Ini Respon Mengejut Bella Astillah

Isteri kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, Bella Astillah meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai ‘ketiadaan’ foto-fotonya di laman sosial Instagram (IG) milik suami.

“Saya tak pasti mengenai perkara itu, tak mengapa, hak masing-masinglah. Lagi pun kita tak tahu foto-foto tersebut dipadam atau disembunyikan, jadi jangan cepat sangat kita berspekulasi. Saya cuma harap yang terbaik selepas ini,” katanya.

Bella ditemui Gempak ketika Majlis Pelancaran Koleksi Terbaharu Beg Tangan Victoria Sloane 2019 Rita Sosilawati di The Majapahit, Marc Residence, Kuala Lumpur pada petang Rabu.

Terdahulu, netizen mendakwa penyanyi lagu Sayang Sayang yang berasal dari Singapura itu telah memadam kesemua foto Bella di laman IG miliknya.

Mengulas mengenai status dirinya dan suami, Bella berkata, dia hanya mahu meneruskan hidup positif serta tawakal dan berserah kepada Allah.

“Ini sahaja yang boleh saya katakan buat masa sekarang… Sebabnya, saya kini belum betul-betul bersedia nak menjawab soalan tentang rumah tangga,” ujarnya.

Tambah Bella, dia lebih suka untuk menjalani kehidupan harian bersama anaknya, Mohamad Ayden Adrean, 2 dan memberikan tumpuan kepada perniagaan yang diusahakannya.

“Saya sibukkan diri dengan bisnes kolagen dan kuih raya dengan menyertai ekspo jualan di seluruh Malaysia. Untuk memastikan saya tidak berenggang dengan Ayden, saya bawa dia pergi berniaga sekali.

“Ya, saya ‘happy’ dengan cara hidup sekarang. Lagi pun saya tidak berseorangan sebab keluarga dan ramai di luar sana (pengikut IG) sentiasa memberikan kata-kata positif kepada saya,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber  : Mstar

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here