Disaran Kembali Bercinta Dengan Uqasha Senrose, Ini Jawapan Hefny Sahad

250

Pengacara kelahiran On Air, Henfy Sahad mengakui dirinya masih solo dan belum mempunyai kekasih selepas putus cinta dengan aktres Uqasha Senrose pada tahun lalu.

Menurut Hefny, dia lebih selesa untuk memberikan fokus terhadap kerjaya seninya.

“Saya masih selesa bersendirian dan buat masa ini, saya masih solo dan belum mempunyai pengganti.

“Saya sibuk dengan kerjaya seni dan mahu memberikan fokus untuk mengembangkan lagi karier saya.

“Ada yang mengusik dan memberikan saranan secara berseloroh supaya saya kembali bercinta dengan Uqasha.

“Bagi saya, kini kami selesa sebagai kawan. Hubungan kami lebih baik sebagai sahabat dan saya juga tidak mempunyai masalah dengan Uqasha,” kata Hefny.

Pelakon itu ditemui di majlis pelancaran cawangan pertama kedai menjual produk alternatif berhenti merokok NCIG di Desa Sri Hartamas, baru-baru ini.

Majlis terbabit turut dihadiri oleh pengasas NCIG, Shariffuddin Bujang dan rakan-rakan artis lain seperti Aedy Ashraf, Hafidz Roshdi dan Farhan Asri.

Mengakui ada berhubung dengan Uqasha, Henfy tiada masalah sekiranya dia digandingkan dengan aktres itu dalam mana-mana naskah.

“Kadangkala, kami juga ada berhubung bertanyakan khabar. Saya juga masih baik dengan ahli keluarga Uqasha.

“Saya profesional dan dia juga begitu. Jika ada rezeki yang mahu menggandingkan saya dan Uqasha dalam sebuah karya, saya menerimanya dengan hati terbuka,” kata Henfy

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:Gempak

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here